Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai strategi tingkatkan penghasilan tenaga kerja SG bakal dibentang dalam Amanat Hari Buruh

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Apr 2023 04:07PM Dikemas Kini : 25 Apr 2023 10:18PM
SINGAPURA: Lebih 100,000 warga Singapura meraih kemahiran baru di bawah inisiatif latihan anjuran kesatuan sekerja dan para majikan.

Usaha itu bertujuan membantu para pekerja meraih prospek kerjaya dan gaji lebih baik dalam ekonomi masa depan.

Ini merupakan antara matlamat utama gerakan buruh di Singapura.

Terdapat beberapa lagi matlamat yang digariskan dalam Amanat Hari Buruh, seperti menyokong golongan pekerja bergaji rendah.

Ia juga berusaha memastikan para pekerja gig dan mereka yang bekerja sendiri turut dilindungi, serta bersedia untuk persaraan.

Aturan kerja fleksibel dan membantu golongan pekerja dewasa lebih mudah diambil bekerja juga disertakan dalam agenda gerakan buruh.

Amanat tersebut memberi bayangan tentang Rapat Hari Buruh yang menjelang, di mana kesatuan sekerja, para majikan dan pemerintah akan membentangkan pelbagai strategi bagi meningkatkan penghasilan tenaga kerja di Singapura.
Sumber : CNA/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan