Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai sokongan bantu keluarga banduan semasa di penjara: Dr Faishal

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Faishal Ibrahim menjelaskan bantuan sedia ada yang dihulurkan kepada keluarga banduan sepanjang anggota keluarga mereka berada di dalam penjara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2021 09:43PM Dikemas Kini : 05 Jan 2021 10:45PM

SINGAPURA: Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Faishal Ibrahim menjelaskan bantuan sedia ada yang dihulurkan kepada keluarga banduan sepanjang anggota keluarga mereka berada di dalam penjara.

Dalam usaha itu, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) berganding bahu dengan rakan-rakan masyarakat menerusi pelbagai program.

Antaranya, Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP).

Di bawah inisiatif itu, para relawan mendampingi keluarga pesalah lalu menghubungkan mereka ke badan-badan bantu diri yang sesuai.

Baucar barang dapur dan kelengkapan sekolah juga diagihkan setiap tahun.

Sejauh ini, 15,000 keluarga sudah dibantu menerusi YRCP.

Pusat Sumber Keluarga di Pusat Lawatan Penjara Changi pula memudahkan usaha memenuhi keperluan keluarga para pesalah.

SPS turut menganjurkan program-program yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, seperti antara pesalah dan anak mereka.

Usaha itu hasil kerjasama dengan rakan-rakan masyarakat termasuk Persatuan Jagaan Susul Singapura dan Dana Reben Kuning.  

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa