Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai rancangan menarik menanti penonton sempena SG50

Sempena sambutan jubli emas Singapura, beberapa rancangan menarik akan disajikan kepada para penonton sepanjang tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Feb 2015 08:50PM Dikemas Kini : 05 Feb 2015 09:48PM

SINGAPURA: Seluruh negara akan meraikan ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-50 tahun ini.

Sebagai memperingati dan meraikan pencapaian penting dalam sejarah negara ini, wadah-wadah media Melayu MediaCorp yang merangkumi Suria, Warna, Ria dan Manja akan menyediakan pelbagai rancangan menarik untuk para penonton dan pembaca.

Barisan program baru sempena sambutan jubli emas Singapura itu, termasuk Perintis Kita, Viva Muzik SG50, Jalan Ampas dan Jalan SG50.

Naib Presiden Kanan, Bahagian Melayu MediaCorp, Zakiah Halim, berkata: "Kami juga ingin turut serta meraikan SG50 dengan beberapa rancangan menarik termasuk drama, hiburan dan juga dokumentari, yang diharapkan tidak sahaja dapat mengembalikan kenangan dan nostalgia, tetapi meraikan juga sumbangan, pencapaian dan juga pengorbanan masyarakat kita dalam pembangunan dan juga kemajuan Singapura.

"Dan kami juga ingin melahirkan harapan dan juga visi untuk Singapura pada masa akan datang."

Salah satu program yang akan disiarkan di televisyen ialah Perintis Kita, sebuah doku-drama yang mengisahkan semula kehidupan golongan perintis Melayu serta perjalanan, pencapaian dan cabaran yang mereka hadapi pada ketika itu.

Perintis Kita akan disiarkan Sabtu ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nt
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan