Pelbagai projek pamer gabungan seni dan teknologi di Esplanade
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Esplanade - Theatres on the Bay
SINGAPURA: Sebanyak enam projek ditampilkan di Esplanade bagi memaparkan bagaimana penggunaan teknologi boleh memberi kesegaran kepada pelbagai jenis seni pertunjukan seperti teater, tarian, dan muzik.
Ia dilancarkan Makmal Teknologi Seni Pertunjukan pada Jumaat (5 Apr) dan dibuka kepada orang ramai hingga 13 April 2024.
Pelancaran ini menandakan selesainya tempoh inkubasi sembilan bulan yang dianjurkan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dengan kerjasama Esplanade - Teater di Pesisiran.

Para penonton akan dapat mengalami sendiri, menyaksikan prototaip serta karya yang masih dalam proses, yang dibangunkan melalui Makmal ini dengan panduan daripada para pakar industri.

Antara projek yang menggambarkan bagaimana teknologi meningkatkan jangkauan pengalaman seni dan membawa penonton dari pelbagai usia, bahasa serta latar belakang bersama-samanya adalah 'The Sound of Stories' oleh Kamini Ramachandran, Syafiq Halid & Chen Enjiao.
Kumpulan ini berusaha untuk memberikan persembahan yang 'transformative' atau boleh diubah-ubah dan menceburkan penonton ke dalam pengalaman penceritaan itu dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan sintesis audio.
Pengasas Grid Culture LLP, Syafiq Halid berkongsi, “Proses eksperimentasi kami turut melibatkan pakar lain dalam bidang tersendiri seperti Riduan Zalani dari Nadi Singapura. Kami menghadiri kelas di studio beliau untuk memahami genderang Melayu dan sejarahnya dalam konteks Singapura. Kami mengambil rakaman bunyi genderang Nadi Singapura dan menjalankannya di bawah proses sintesis audio neural. Ia pengalaman yang menakjubkan.”
ALAT YANG MEMBERI KUASA KEPADA PENARI UNTUK MENGAWAL BUNYI, CAHAYA & VISUAL
Satu lagi projek untuk meningkatkan pengalaman seni persembahan dengan penglibatan penonton yang lebih besar adalah 'Verge 2.0' oleh James Lye, Dr Noramin Farid, Norisham Osman, dan Eugene Soh.
Ia meneroka penyatuan tarian dan teknologi interaktif untuk memberi para penari kuasa untuk mengawal dan memanipulasi bunyi, cahaya serta visual.
Penerbit Kreatif Verge 2.0, Norisham Osman menerangkan tentang proses eksperimentasi yang dijalankan kumpulannya.
“Berkongsi dengan pengamal tarian tradisional Melayu dan Cina serta ahli teknologi, kami menyelami ciri-ciri asas gerakan tarian dan membangunkan peranti serta perisian khas untuk menterjemahkan gerakan itu kepada bunyi, pencahayaan dan projeksi visual. Proses kolaboratif ini telah mencetuskan banyak penemuan, mendedahkan hubungan yang tidak dijangka antara tarian tradisional dan teknologi terkini serta mendorong ekspresi seni. Pengalaman kami di dalam Makmal itu telah membawa transformasi, memupuk kreativiti dan memudahkan penghasilan wawasan yang mendalam," jelas Encik Norisham.

Menerusi lawatan-lawatan berpandu ke pameran, demo prototaip, ujian permainan dan sesi berkongsi, orang ramai yang berminat boleh mendengar sendiri perkongsian daripada enam kumpulan itu tentang motivasi di sebalik projek mereka.
Orang ramai juga boleh menyertai Perkongsian Industri dan meraih inspirasi daripada projek-projek yang sedang diusahakan di Studio Annexe Esplanade dari 5 hingga 6 April dan 11 hingga 13 April. Maklumat lanjut boleh didapati di laman ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.