Skip to main content

Singapura

Pelbagai program dianjur bagi tingkatkan kesedaran tentang sejarah Punggol

Para penduduk Punggol dan pengunjung boleh menyelami warisan daerah berkenaan tidak lama lagi menerusi beberapa program menarik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai program dianjur bagi tingkatkan kesedaran tentang sejarah Punggol

Penduduk Punggol dan para pengunjung boleh menyelami warisan daerah berkenaan tidak lama lagi. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Para penduduk Punggol dan pengunjung boleh menyelami warisan daerah berkenaan tidak lama lagi menerusi beberapa program menarik.

Antara inisiatif yang boleh dinantikan termasuk program jejak berpandu, bengkel makanan serta seni pemasangan yang meraikan kawasan tersebut.

Selain itu, terdapat juga 'arca-arca' yang direka untuk membangkitkan suasana di Pantai Punggol.

Menurut Lembaga Warisan Negara (NHB), inisiatif itu akan mencapai kemuncaknya pada Julai ini, dengan usaha pengumpulan kisah.

Para penduduk turut diajak untuk berkongsi pengalaman mereka menetap di Punggol.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita