Skip to main content

Singapura

Pelbagai pindaan terhadap undang-undang ekstradisi diluluskan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Parlimen pada Isnin (4 April) meluluskan rang undang-undang yang memperkenalkan pelbagai pindaan kepada undang-undang ekstradisi Singapura, termasuk bagaimana untuk menentukan sama ada sesuatu kesalahan boleh menyebabkan seseorang individu dikenakan ekstradisi.

Pindaan-pindaan itu memberikan "kemas kini yang menyeluruh" kepada undang-undang sedia ada sambil mengambil kira perkembangan pada amalan-amalan antarabangsa, menurut Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong, yang turut menegaskan bahawa Akta Ekstradisi "sebahagian besarnya tidak berubah" sejak ia diperkenalkan pada 1968.

“Dengan pindaan-pindaan ini, Singapura akan mempertingkatkan keupayaannya untuk membanteras jenayah melalui kerjasama antarabangsa,” tambah Encik Tong.

APAKAH PINDAAN-PINDAANNYA?

Undang-undang tersebut akan mengambil "pendekatan nilai ambang" dalam memutuskan sama ada sesuatu kesalahan itu boleh dikenakan ekstradisi.

Di bawah pendekatan ini, sesuatu kesalahan boleh diekstradisi jika ia membawa kepada hukuman penjara maksimum yang melebihi dua tahun, kecuali bagi kesalahan-kesalahan tertentu yang dikecualikan.

Ini menggantikan "pendekatan berdasarkan senarai" yang diamalkan sebelum ini di mana secara amnya hanya kesalahan-kesalahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta boleh dikenakan ekstradisi.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita