Pelbagai pertubuhan SG sanjungi usaha Presiden Halimah Yacob perjuangkan kepentingan sosial
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hamburan kata-kata sanjungan dan ucapan terima kasih kepada Presiden Halimah Yacob pada hari terakhir beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Negara Singapura itu hari ini (13 Sep).
Pelbagai pertubuhan mengimbas semula usaha Presiden Halimah memperjuangkan banyak kepentingan sosial.
Pergerakan buruh NTUC menyifatkan beliau sebagai Presiden bagi rakyat dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan para pekerja.
Majlis Pertubuhan-pertubuhan Wanita Singapura pula berkata Presiden Halimah adalah pencetus perubahan.
Misalnya, Presiden Halimah menjadi penaung majlis itu, peranan yang selalu dilakukan oleh isteri Presiden.
Menurut majlis tersebut, kesediaan Presiden Halimah menjadi penaungnya membuka lebih banyak peluang dan memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh wanita tempatan dari peringkat tertinggi.
Dalam usaha beliau menerapkan ciri inklusif pula, Presiden Halimah menggunakan Cabaran Presiden untuk menarik perhatian ramai kepada golongan kurang upaya.
Penasihat Lembaga Pengarah Pertubuhan Orang Kurang Upaya Fizikal (SPD), Chia Yong Yong berkata Presiden Halimah menggalakkan para majikan mengambil bekerja orang-orang kurang upaya.
Beliau juga memperjuangkan kepentingan golongan itu dalam ucapan-ucapannya di peringkat nasional dan menerusi catatan di media sosial.
Selain itu, Presiden Halimah mengambil berat tentang kebajikan golongan kurang bernasib baik.
Naib Presiden Jamiyah, Jaffar Mydin berkata, Presiden Halimah menyertai acara-acara persatuan itu seperti membahagi makanan kepada golongan susah.
Encik Jaffar menambah kerendahan hati dan kemesraan Presiden Halimah, meninggalkan kesan yang berkekalan.

Sumber : CNA/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.