Pelbagai peralatan bakal dicipta untuk bantu warga emas hidup berdikari
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ruang di bawah kolong flat di mana para penduduk boleh lihat, sentuh dan cuba alat-alat bantuan yang sesuai digunakan para warga emas di rumah bakal disediakan.
Inisiatif Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan 'SG Assist' itu bertujuan membantu lebih ramai warga emas untuk hidup berdikari sedang mereka meniti usia senja.
Di antara peralatan yang dipamerkan di ruang 'Age+ Living Lab' termasuk pinggan yang direka untuk kekal stabil ketika makan, tempat menyimpan ubat yang mengingatkan masa untuk makan ubat, dan juga katil yang boleh diubah suai untuk kegunaan warga emas yang sakit.
Ia terletak di Yishun, estet pertama di Singapura yang mesra pesakit demensia.
Ruang tersebut memudahkan penduduk warga emas serta penjaga mereka untuk mengetahui lebih lanjut pelbagai peralatan yang ada bagi membantu mereka untuk lebih berdikari.

Menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, mulai 1 April ini, pemerintah akan menyediakan lebih banyak subsidi, contohnya, menjadikan bilik mandi lebih selamat untuk warga emas.
"Kerjasama rapat antara pemerintah, masyarakat, para penyelidik dan syarikat-syarikat membolehkan kita untuk berinovasi,menguji produk serta memperkenalkan pelbagai huraian yang dapat secara berkesan memenuhi keperluan para penduduk," kata Encik Lee.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.