Pelbagai langkah baharu diperkenal pastikan industri keselamatan siber SG terjamin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelbagai langkah baharu bakal diperkenalkan demi memastikan industri keselamatan siber Singapura kekal terjamin.
Ini termasuk langkah menangani risiko kecerdasan buatan (AI) menerusi garis panduan baharu yang bakal diterbitkan lewat bulan ini.
Sebuah kumpulan baharu juga akan dibentuk untuk para anggotanya berkongsi pengalaman dan idea.
Kebocoran data dan penyebaran maklumat palsu merupakan antara risiko AI.
Demikian menurut Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary kepada para hadirin di satu persidangan Keselamatan AI.
Walaupun mengeluarkan amaran mengenai bahayanya, beliau turut menekankan peri pentingnya membina keyakinan orang ramai terhadap AI.
Ini memandangkan teknologi baharu itu akan terus menjadi bahagian penting prasarana digital Singapura.
Dr Janil menggesa para pengguna, rakan kongsi industri serta rakan sejawat di luar negara supaya turut memainkan peranan agar industri AI kekal selamat dan boleh dipercayai.
"Sama penting adalah memikirkan bagaimana AI boleh menjadi kekuatan demi kebaikan dalam sektor keselamatan siber. Sebagaimana pelaku berniat jahat dapat menyepadukan teknologi ke dalam operasi mereka, para pembela AI perlu menguasai manfaatnya bagi tujuan bidang tugas mereka," kata Dr Janil.
Satu 'Kumpulan Berkepentingan Khas' berkaitan kecerdasan buatan bakal dibentuk.
Ia suatu wadah bagi para anggotanya berkongsi maklumat agar industri keselamatan siber dapat wujud seiring dengan AI.
Matlamatnya, agar pakar-pakar dapat terus menguasai teknologi terkini.
Ini membolehkan para pemain industri untuk mencadangkan penggunaan AI serta menguruskan risiko yang ada.

Sumber : BERITA Mediacorp/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.