Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai kesan khas, persembahan dari lokasi ikonik antara ciri NDP2022

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kurang dua minggu lagi sebelum Singapura meraikan ulang tahun ke-57.

Tahun ini merupakan kali terakhir Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) akan diadakan di Pentas Terapung Marina Bay sebelum dijadikan ruang tetap untuk memperingati Perkhidmatan Negara yang dinamakan Dataran NS. 

Pelbagai kesan khas akan ditampilkan di Pentas Terapung Marina Bay kali ini. 

Misalnya, lampu dan kesan pandang yang akan ditumpukan kepada beberapa helai kain untuk membentuk sayap burung. Ini bagi melambangkan kebangkitan Singapura lebih tinggi selepas menempuhi pelbagai badai. 

Pelbagai persembahan dari tempat-tempat terkenal di Singapura juga akan dipersembahkan pada waktu yang sama dengan persembahan di Pentas Terapung. 

Pihak penganjur menyatakan gabungan elemen sebegini dapat disesuaikan jika berlaku sebarang perubahan. Ini bagi memastikan segmen persembahan NDP tahun ini dapat terus diadakan tanpa mengira keadaan COVID-19. 

Para penerbit berbilang media bagi segmen persembahan juga sudah siap untuk membuat penyesuaian, jika perlu. 

Memandangkan NDP disiarkan secara langsung termasuk di media sosial, para pengarah sudah bersedia untuk beroperasi di luar tempat persembahan.

Sebuah pasukan 10 orang juga akan ditempatkan di pusat kawalan.

Mereka akan memanggil para peserta dan memberi arahan-arahan teknikal, termasuk sebuah persembahan muzik khas bagi menyemarakkan lagi suasana.

"Tahun ini, Aisyah dapat pakai baju yang sangat-sangat mewah. Jadi Aisyah sangat-sangat gembira untuk dipilih menjadi sebahagian daripada persembahan ini dan dapat pakai baju-baju yang Aisyah dapat pakai hanya di NDP. 

"Tahun ini juga mempunyai jumlah penonton penuh sebanyak 25,000 orang yang akan menonton setiap hari Sabtu. Jadi saya berasa amat gemuruh," kata artis Singapura Aisyah Aziz. 

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan