Pelbagai isu keluarga dikupas dalam Simposium Keluarga Inklusif
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memperkukuhkan dinamik keluarga bagi mewujudkan persekitaran rumah yang selamat serta rasa hormat antara suami isteri bagi menyokong kesejahteraan mental anak-anak.
Demikian antara yang dibincangkan semasa edisi keempat Simposium Keluarga Inklusif di Masjid Assyakirin pada Sabtu (26 Ogos) yang dihadiri 150 peserta.
Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Zhulkarnain Abdul Rahim juga hadir.
PELBAGAI ISU KEKELUARGAAN DIKUPAS
Pelbagai isu dibincangkan termasuk konflik antara pasangan dan bagaimana untuk mencegah ketegangan yang boleh menyebabkan pergaduhan serius serta cara-cara untuk mengoptimumkan perkembangan anak-anak dengan unsur-unsur positif.
"Kami mengupas pelbagai topik yang mungkin menjadi sumber ketenganggan dalam keluarga itu sendiri. Sebagai contoh, masalah kewangan ataupun isu keganasan dalam keluarga. Dan untuk memahami bagaimana untuk berkomunikasi, berkoloberasi secara terbuka dengan belia-belia kita dan anak-anak kita," kata Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.
Beliau turut mengongsikan pengalamannya ketika berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat sebagai wakil rakyat.
"Setiap keluarga adalah berbeza dan cara penyelesaiannya pun berbeza. Jadi ini adalah salah satu caranya kita mendapatkan "tips-tips" daripada pakar-pakar psikologi, perundangan, pekerja sosial untuk antara kita fahami, dalami penyelesaian tersebut dan berkongsi pendapat bersama," kata Encik Zhulkarnain.
Maklumat tentang pelbagai wadah yang tersedia di peringkat masyarakat dan nasional untuk membantu keluarga yang berhadapan dengan konflik turut dikongsikan.
"Saya harapkan isu-isu tentang kesedaran dan wadah-wadah bantuan yang sedia ada dalam masyarakat kita dan badan-badan agensi pemerintah dapat dikongsi bersama," kata Encik Zhulkarnain.
CABARAN UTAMA BUAT KELUARGA MELAYU-ISLAM
Imam Eksekutif Masjid Al-Istighfar, Ustaz Ma'az Sallim, turut berkongsi antara cabaran yang dihadapi oleh keluarga Melayu/Islam pada masa ini.
"Di antara cabaran yang saya lihat terutamanya boleh dirumuskan dengan satu titik iaitu cabaran untuk ibu dan bapa untuk berlaku konsisten di dalam memberikan komitmen, perhatian kepada anak-anak di rumah dan menjalankan peranan yang pelbagai sebagai ketua rumah tangga, sebagai ibu ayah atau sebagai anak yang masih ada lagi orang tuanya
"Kita harus sentiasa mencari kebaikan dan kekuatan setiap ahli keluarga di dalam rumah walaupun banyak kelemahan dan kesalahan yang kita nampak daripada anak-anak kita, pasangan hidup kita," kata Ustaz Ma'az Sallim.
Acara itu anjuran bersama Masjid Assyakirin, Masjid Al-Falah dan Casa Raudha dengan sokongan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.