Pelbagai faktor perlu dipertimbang sebelum laluan, stesen MRT baru ditentukan, kata Iswaran
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail MRT di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Para perancang bandar Singapura menimbangkan pelbagai faktor semasa memutuskan bagaimana menyelaraskan laluan-laluan kereta api akan datang.
Ini termasuk keadaan tanah, maklum balas penduduk serta bagaimana laluan baru akan melengkapi pembangunan perbandaran sedia ada dan yang sudah dirancang.
Menteri Pengangkutan, S Iswaran menjelaskan demikian beberapa hari selepas beliau mengumumkan fasa kedua Laluan Rentas Pulau (CRL) yang dijangka dibuka pada 2032.

"Setiap kerja seperti ini adalah projek binaan besar, akan ada ketidakselesaan dan gangguan. Malah dalam sebilangan kes, juga pengambilan tanah," kata Encik S Iswaran.
"Salah satu daripada pertimbangannya adalah untuk mengurangkan kesan pengambilan tanah agar kami dapat mengurangkan kesannya terhadap penduduk atau perniagaan di kawasan-kawasan bersebelahan," tambah beliau.
Encik Iswaran berkata demikian di pembukaan rasmi Pusat Makanan Ayer Rajah yang sudah diubah elok.
Pusat tersebut terletak berhampiran Stesen MRT West Coast di Laluan CRL.
Kakitangan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hadir pada acara pembukaan itu untuk menjelaskan kepada para penduduk mengenai laluan baru tersebut.
Di acara pada Sabtu (24 Sep), Encik Iswaran juga melancarkan sebuah kumpulan rondaan sukarela yang bertujuan menggalak berbasikal dengan selamat serta meningkatkan kesedaran tentang denggi di kawasan West Coast.

Sumber : CNA/DY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.