Pelbagai aktiviti menarik di lima lokasi sempena sambutan NDP 2023

Gambar: NDP 2023 EXCO
SINGAPURA: Orang ramai boleh menjangkakan pelbagai sambutan dan kegiatan masyarakat dengan sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kdi lima lokasi.
Lima lokasi itu ialah Pusat Sukan ActiveSG Bedok, Pusat Sukan ActiveSG Jurong West, Pusat Sukan ActiveSG Toa Payoh, Pusat Sukan ActiveSG Woodlands dan Hab Tampines Kita.

Ia juga bakal menampilkan acara terbang lalu udara di kawasan kejiranan seperti ‘Fly Our Flag’ and ‘RSAF55 Island Flypast’ di persekitaran kawasan-kawasan festival itu pada 9 Ogos ini.
"Semangat sambutan di kawasan kejiranan ialah bagi rakyat Singapura datang bersama sebagai satu masyarakat untuk menyambut kesejahteraan negara bersama," kongsi Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Kejiranan NDP 2023, Kolonel Teng Shin Fong.
"Menerusi platform seperti Pesta Kejiranan, ^keluarga-keluarga boleh menikmati kegiatan-kegiatan yang diadakan. ^Dan menerusi persembahan secara langsung dan 'Dance of the Nation', kami berharap untuk menghimpunkan rakyat Singapura bersama-sama," tambahnya.
BAWA SUKAN KEPADA MASYARAKAT

Sambutan itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Sukan Singapura (SportSG).
Para pengunjung boleh mencuba pelbagai aktiviti sukan seperti bola sepak, bola lantai dan tenis meja yang sesuai buat seisi keluarga.
"Kami rasa terdapat nilai untuk membawa sukan kepada masyarakat. Kami akan gunakan infrastruktur, masyarakat dan rangkaian kami untuk cuba membawa kelainan dalam sambutan Hari Kebangsaan dan pada masa yang sama, menggalakkan gaya hidup aktif dan bersukan," kongsi Ketua ActiveSG, SportSG, Encik Tan Hock Leong.

Permainan-permainan "kampung" dan tradisional turut dianjurkan.
Ini termasuk permainan lama seperti 'lawan pemadam', untuk dinikmati para peserta tidak kira usia bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga.
"Kami membawa kembali permainan kampung. Ini adalah beberapa permainan generasi lama. Kami rasa ini akan mencipta peluang untuk interaksi antara generasi di mana generasi lama mengajar generasi muda. Ia juga mengenang masa lalu. Pada masa yang sama, ia juga boleh kukuhkan lagi ikatan sosial," ujar Encik Tan.
1,800 RELAWAN DARI TEAM NILA TERLIBAT

Sambutan di kawasan kejiranan itu akan melibatkan kira-kira 1,800 relawan.
Salah seorang daripadanya adalah Sarah Qistina Abdullah, 20 tahun, yang teruja menjadi sukarelawan, meskipun ia bukan kali pertama beliau menyumbang tenaga dalam acara sebegini.
"Sebagai relawan, saya berminat untuk bersukan dan acara ini memberi saya peluang untuk memberi kembali kepada masyarakat," kongsi Cik Sarah, yang merupakan pelajar Bimbingan Sukan di sebuah Politeknik tempatan.
"Bagi ‘GetActive! Singapore Heartland Festivals', kita akan terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk percubaan sukan, aktiviti "kampung" dan bersama dengan sukarelawan Team NILA yang lain, kita akan membantu memastikan acara ini berjalan lancar dan peserta menikmati pengalaman yang seronok," tambahnya.
PELUANG BAIK UNTUK MENDEKATI MASYARAKAT
Cik Sarah berharap para peserta dapat membina hubungan yang lebih rapat lagi bersama keluarga mereka menerusi sambutan di kawasan kejiranan itu.
"Ia sangat bermakna kerana kita tidak ada banyak masa setiap hari jadi kegiatan sebegini terutama sekali pada Hari Kebangsaan, ialah peluang yang baik untuk kita saling mengenali dan mengingati tentang masa lalu," ujar Cik Sarah.

Sambutan di kawasan kejiranan ini akan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos di Pusat-pusat Sukan di Bedok, Jurong, Toa Payoh dan Woodlands, dan hanya pada 6 Ogos di Hab Tampines Kita.
Ia dibuka dari 4.00 petang hingga 9.00 malam
Para penduduk berpeluang melihat terbang lalu dua Chinook CH-47SD yang diiringi Helikopter Penyerang Apache AH-64D, aksi jet-jet pejuang RSAF serta pertunjukan bunga api di lima lokasi tersebut pada 9 Ogos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.