Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai acara menarik dianjur sempena ulang tahun pertama Le Le

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai acara menarik dianjur sempena ulang tahun pertama Le Le

(Gambar: Mandai Wildlife Group)

SINGAPURA: Anak beruang panda pertama yang dilahirkan di Singapura, Le Le, akan berusia satu tahun pada Ahad (14 Ogos).  

Sambutan ulang tahun Le Le sudahpun bermula di Pameran Giant Panda Forest River Wonders yang kini adalah kediaman Le Le, menurut  Mandai Wildlife Group.

Kek setinggi tiga tingkat dengan lobak merah, pucuk rebung, bunga yang boleh dimakan dan hirisan epal dihadiahkan kepada Le Le dan ibunya, Jia Jia pada pagi Jumaat (12 Ogos). 

Walaupun masih bergantung terutamanya kepada susu ibunya, Le Le sudah mula memakan makanan pepejal dan mengunyah lobak merah dan pucuk rebung dalam kuantiti yang kecil, menurut pasukan yang menjaganya. 

Le Le, yang kini seberat 33 kilogram, turut mencatatkan satu lagi pencapaian baru-baru ini apabila pasukan yang menjaganya memulakan latihan pengukuhan positif (PRT) pada bulan lalu. 

Sesi-sesi latihan itu adalah sebagai persediaan untuk prosedur perubatan rutin dalam masa terdekat bagi memudahkan penjagaan haiwan dan pemantauan kesihatan secara keseluruhannya. 

Sambutan ulang tahun Le Le akan diteruskan sehingga hujung minggu ini. 

Antara daya tarikan sambutan ulang tahun Le Le yang boleh dijangkakan oleh para pengunjung adalah peluang untuk menyaksikan Le Le melompat-lompat dengan kek aisnya sekitar 10.00 pagi di Giant Panda Forest  pada 14 Ogos ini.

Sumber : CNA/SS/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan