Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelawat masuk S'pura melalui pusat pemeriksaan darat tak perlu tunjuk salinan fizikal sijil vaksinasi

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat masuk S'pura melalui pusat pemeriksaan darat tak perlu tunjuk salinan fizikal sijil vaksinasi

(Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 05 Apr 2022 10:08PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 11:04PM

SINGAPURA: Para pelawat yang memasuki Singapura melalui laluan darat dari Malaysia tidak perlu menunjukkan salinan fizikal sijil vaksinasi COVID-19 mereka, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa (5 April).

"Selagi para pelawat menyerahkan Kad Ketibaan Singapura (SG) mereka, rekod vaksinasi mereka akan disahkan dengan sistem Kementerian Kesihatan (MOH)," tambah agensi itu.

Menurut ICA, pihaknya mengeluarkan penjelasan mengenai perkara itu selepas mesej WhatsApp tersebar tentang pengalaman seorang pelawat yang melalui salah satu pusat pemeriksaan darat.

Mesej itu mendakwa para pelawat yang memasuki Singapura dikehendaki menyerahkan salinan fizikal rekod vaksinasi mereka, memo pemulihan COVID-19 atau rekod salinan bukan fizikal Kad Ketibaan SG.

Ia menyatakan bahawa sijil vaksinasi fizikal diperlukan kerana sistem ICA dan sistem MOH "tidak berhubung kait" dan para pelawat tidak seharusnya bertanggapan seolah-olah ICA akan mempunyai akses kepada rekod-rekod vaksinasi pelawat.

Mesej itu juga mendakwa bahawa rekod bukan fizikal Kad Ketibaan SG diperlukan kerana sistem ICA tidak dapat mengesan rekod pelawat.

Pada Selasa, ICA menegaskan bahawa warga Singapura, Penduduk Tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang lengkap divaksin yang pulang ke sini tidak perlu menunjukkan salinan fizikal sijil vaksinasi mereka.

Bagi mereka yang tidak divaksin di Singapura dikehendaki memuat naik sijil vaksinasi digital mereka semasa menyerahkan Kad Ketibaan SG mereka.

ICA juga menasihatkan para pelawat supaya merujuk kepada saluran-saluran rasminya seperti laman web dan platform media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan perjalanan di bawah Rangka Kerja Laluan Penumpang Sudah Divaksin.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan