Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelawat lengkap divaksin tidak perlu jalani ujian COVID-19 untuk masuk S'pura mulai 26 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat lengkap divaksin tidak perlu jalani ujian COVID-19 untuk masuk S'pura mulai 26 Apr

Imigresen di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Mulai 26 April, semua pelawat sudah lengkap divaksin yang memasuki Singapura melalui pusat pemeriksaan udara atau laut tidak lagi perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum pelepasan. 

Ini berbeza berbanding langkah-langkah  sedia ada, yang memerlukan mereka yang tiba melalui pusat-pusat pemeriksaan berkenaan untuk menjalani ujian dalam masa dua hari selepas berangkat ke Singapura. 

"Dengan langkah ini, bermakna pelawat yang sihat dan sudah lengkap divaksin tidak perlu mengambil sebarang ujian untuk memasuki Singapura," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (22 Apr). 

Kanak-kanak belum lengkap divaksin berusia 12 tahun dan ke bawah juga termasuk dalam syarat baru itu. 

Langkah itu yang terbaru dalam  dilaksanakan  sejak beberapa minggu lalu untuk melonggarkan sekatan perjalanan, termasuk pelancaran Rangka Kerja Perjalanan untuk Pelawat Sudah Divaksin pada 1 April dan pemansuhan syarat ujian selepas ketibaan. 

PERMOHONAN MASUK SINGAPURA

Mulai 1 Mei, Pemegang Permit Kerja bukan warga Malaysia yang sudah lengkap divaksin juga tidak perlu membuat permohonan bagi kelulusan untuk masuk Singapura, menurut MOH. 

Ini termasuk Pemegang Permit Kerja bukan warga Malaysia yang mendapat Kelulusan Secara Prinsip dalam sektor Binaan, Limbungan Kapal dan Pemprosesan (CMP). 

Walaupun kumpulan pekerja itu perlu mendapatkan kelulusan masuk daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM), mereka tidak lagi perlu berbuat sedemikian mulai 1 Mei. 

Namun, mereka masih perlu menempah slot di sebuah pusat untuk menjalani proses penyesuaian tugas setelah tiba. 

Majikan pekerja tersebut harus menggunakan sistem Tempahan Pengambilan Pekerja yang baru untuk mendapatkan slot bagi pekerja sebelum mereka tiba di Singapura, menurut MOM. 

Syarat ini juga akan diperluaskan untuk Pemegang Permit Kerja dari China, Hong Kong, Macao dan Taiwan mulai 1 Mei. 

"Ini memudahkan proses masuk dengan adanya hanya satu sistem sehenti untuk majikan sedemikian," menurut MOM. 

PELAWAT YANG TIDAK LENGKAP DIVAKSIN COVID-19

MOH menambah syarat kemasukan bagi pelawat yang belum lengkap divaksin bagaimanapun kekal tidak berubah. 

Pelawat tidak lengkap divaksin berusia 13 tahun dan ke atas harus menjalani ujian dalam tempoh dua hari sebelum berangkat ke Singapura, menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) tujuh hari setibanya di sini dan mengambil ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pada akhir tempoh notis tersebut. 

Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) yang tidak lengkap divaksin dan Pelawat Jangka Pendek (STV) berusia 13 tahun dan ke atas masih tidak boleh memasuki Singapura. 

Pengecualian diberi kepada LTPH yang dari segi perubatan tidak layak menerima vaksin, LTPH dan STV yang mempunyai kelulusan masuk yang sah seperti atas sebab belas kasihan, serta LTPH berusia 13 hingga 17 tahun. 

Semua LTPH, berusia 13 tahun dan ke atas, yang tiba mulai 1 Julai, perlu lengkap divaksin COVID-19 sebelum memasuki Singapura, kecuali mereka tidak layak untuk menerima suntikan vaksindari segi perubatan. 

Ini memandangkan terdapat banyak "vaksin di merata dunia bagi mereka yang berusia antara 13 dengan 17 tahun," menurut MOH.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan