Pelawat jangka pendek lengkap divaksin tidak perlu insurans rentas sempadan S'pura-M'sia mulai 1 Apr
Insurans perjalanan tidak lagi diperlukan bagi pelawat jangka pendek yang memasuki Singapura atau Malaysia melalui sempadan darat mulai 1 April, sekiranya mereka sudah lengkap divaksin.

Koswe tatkala waktu senja. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Insurans perjalanan tidak lagi diperlukan bagi pelawat jangka pendek yang memasuki Singapura atau Malaysia melalui sempadan darat mulai 1 April, sekiranya mereka sudah lengkap divaksin.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura menjelaskan perkara ini pada Rabu malam (30 Mac), menyusuli satu kemas kini oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di lamannya.
Buat masa ini, insurans perjalanan diperlukan bagi para pelawat jangka pendek yang masuk ke Singapura, dengan perlindungan sekurang-kurangnya S$30,000 (AS$22,000).
Begitu juga bagi Malaysia, insurans perjalanan tidak diperlukan bagi pelawat jangka pendek lengkap divaksin yang melakukan perjalanan melalui sempadan darat di Koswe dan Linkedua dari 1 April ini.
Pelbagai pengecualian dibentangkan dalam satu catatan Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia pada Rabu malam.
Pelawat tidak divaksin atau separa divaksin masih dikehendaki untuk membeli insurans perjalanan COVID-19 dengan perlindungan sekurang-kurangnya AS$20,000, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.