Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelawat jangka pendek ke S'pura boleh dapatkan suntikan COVID-19 mulai pertengahan April

Pelawat jangka pendek ke Singapura boleh mendapatkan vaksin COVID-19 dan dos penggalak dengan bayaran mulai pertengahan April, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pelawat jangka pendek ke Singapura boleh mendapatkan vaksin COVID-19 dan dos penggalak dengan bayaran mulai pertengahan April, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (31 Mac).

Buat masa ini, mereka tidak layak untuk berbuat demikian di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan Singapura.

Butiran seperti harga dan senarai penyedia jagaan kesihatan yang akan menawarkan khidmat itu akan diumumkan pada waktu terdekat ini, menurut MOH.

"Kami menggalak semua pelawat yang layak, yang belum menerima dos penggalak supaya berbuat demikian apabila ia ditawarkan kepada mereka, demi perlindungan lebih baik terhadap COVID-19,"tambahnya.

Sebelum ini diumumkan pelawat lengkap divaksin boleh melakukan perjalanan ke Singapura di bawah rangka kerja perjalanan VTL mulai 1 April.

Pada masa yang sama, laluan perjalanan pelawat lengkap divaksin yang sedia ada akan digugurkan.

Di bawah rangka kerja itu, negara dan wilayah akan dibahagikan kepada dua kategori - perjalanan am atau kategori terhad.

Pelawat harus sudah lengkap divaksin menggunakan vaksin dalam senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tiba di Singapura.

Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah juga layak, tidak kira status vaksinasi mereka.

Ujian sebelum pelepasan diperlukan dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Singapura, jika mereka melakukan perjalanan menerusi laluan udara atau laut. Pelawat tidak perlu menjalani ujian pada ketibaan atau notis jangan keluar rumah (SHN).

Mereka juga tidak perlu memohon bagi kelulusan kemasukan atau mengambil pengangkutan khusus VTL untuk memasuki Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin. Selain itu, kuota terhadap jumlah pelawat harian akan digugurkan.

Status vaksinasi bagi mereka yang tidak divaksin di Singapura dan rekod vaksinasi mereka tidak tertera pada Pendaftaran Imunisasi Kebangsaan Singapura akan dipaparkan sebagai "lengkap divaksin" selama 30 hari, sekali gus membolehkan mereka untuk memasuki premis yang tertakluk pada langkah pengurusan selamat vaksinasi dibezakan, menurut MOH.

"Jika tempoh penginapan mereka di Singapura menjangkau 30 hari, mereka perlu memuat naik rekod vaksinasi mereka ke dalam NIR dan perlu mengambil dos tambahan bagi memenuhi keperluan vaksinasi di Singapura."

Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah pula dikecualikan daripada peraturan ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan