Skip to main content

Singapura

Pelawat dinasihatkan jangan papar lambang berkaitan konflik Israel-Hamas di pusat pemeriksaan darat: ICA

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat dinasihatkan jangan papar lambang berkaitan konflik Israel-Hamas di pusat pemeriksaan darat: ICA

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 15 Nov 2023 11:05PM Dikemas Kini : 16 Nov 2023 07:21AM
SINGAPURA: Pelawat di pusat pemeriksaan Singapura dinasihatkan supaya jangan mempamerkan atau memakai lambang berkaitan konflik Israel-Hamas secara terbuka.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (15 Nov).

Dalam nasihat perjalanan hujung tahunnya, ICA juga menyatakan aliran trafik dijangka sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa tempoh cuti sekolah dari 16 November hingga 2 Januari.

"Pemandu mungkin harus menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi imigresen semasa waktu puncak," tambah ICA.

Agensi tersebut menekankan lagi langkah-langkah keselamatan di pusat pemeriksaan dipertingkat, susuli keadaan di Timur Tengah yang masih bergolak, dan ia mungkin akan menambah masa menunggu.

"Semua pelawat menggunakan pusat pemeriksaan kami juga dinasihatkan supaya tidak mempamerkan dan memakai lambang berkaitan konflik Israel-Hamas, secara terbuka memandangkan sensitiviti yang semakin meningkat," tambah ICA.
ICA menarik perhatian bahawa semasa hujung minggu panjang sempena cuti Deepavali dari 10 hingga 13 November, kesesakan berlaku dengan 1.53 juta orang melalui pusat pemeriksaan darat

"Ini melebihi jumlah pengguna pada hujung minggu Hari Pekerja dan Hari Vesak tahun ini," tambahnya.

NASIHAT PERJALANAN LANCAR

ICA menasihatkan pemandu untuk memeriksa dahulu keadaan trafik di pusat pemeriksaan sebelum mereka memulakan perjalanan.

Mereka boleh berbuat demikian melalui laman web One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), atau Sistem Pemantauan dan Nasihat Ekpreswei yang dipasang di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

Mereka juga boleh mendapatkan kemas kini melalui akaun Facebook dan Twitter ICA.

Pemandu harus mengelak daripada memotong barisan kerana ia akan menyebabkan kesesakan yang teruk dan menjejas keselamatan pemandu lain, tambah agensi itu.

ICA memberi amaran bahawa "Pemandu yang memotong barisan akan diarahkan untuk berpatah balik dan beratur semula."

Mereka juga harus memastikan pasport mereka sah digunakan untuk sekurang-kurangnya enam bulan.

Penduduk tetap Singapura yang baru memperbaharui pasport mereka harus memindahkan Permit Kemasukan Semula ke pasport baharu.

Pemegang Pass Jangka Panjang harus memaklumkan ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang sebarang perubahan pada butiran pasport mereka sebelum memasuki Singapura.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita