Skip to main content

Singapura

Pelawat bawa lebih S$20,000 masuk atau keluar SG harus isytihar secara online mulai 13 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat bawa lebih S$20,000 masuk atau keluar SG harus  isytihar secara online mulai 13 Mei

(Gambar: Changi Airport Group)

SINGAPURA: Pelawat yang masuk atau keluar dari Singapura dengan wang tunai lebih daripada S$20,000 harus mengisytiharkannya secara online mulai 13 Mei.

Pelawat yang mempunyai S$20,000 dalam bentuk lain seperti cek pelancong, kiriman wang dan pos, juga harus mengisytiharkannya.

Buat masa ini, pelawat harus menghantar perisytiharan mereka dengan dokumen fizikal yang akan dihentikan mulai 13 Mei.

"Untuk memudahkan pengisytiharan lebih mudah, kami akan beralih kepada pengisytiharan online," umum Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan media pada Jumaat (19 Apr).

Pengisytiharan tersebut membantu usaha Singapura membanteras kegiatan jenayah seperti pengubahan wang haram, dedah polis.

Ia menambah bahawa syarat sedemikian dilaksanakan di banyak negara.

Pelawat yang gagal membuat pengisytiharan penuh dan tepat berkaitan wang tunai atau dalam bentuk lain boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$50,000, atau kedua-duanya.

BAGAIMANA CARA MENGHANTAR PENGISYTIHARAN ELEKTRONIK

Borang pengisytiharan online baharu itu akan disediakan di laman web Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) atau pendaftaran MyICA mulai 10 Mei.

Pelawat perlu memberikan butiran peribadi mereka, dari mana wang tersebut dipindahkan, atau ke mana ia akan dibawa, serta sebab ia dipindahkan.

Pelawat juga harus mengisytiharkan jenis, jumlah, serta bentuk wang tersebut, dan jika perlu, sumber dan penerimanya.

Pelawat yang tiba ke Singapura boleh memilih pilihan "hantar pengisytiharan wang tunai" selepas mengisi Kad Ketibaan Singapura online.

Sebaik sahaja ia dihantar, pelawat akan menerima emel pengesahan yang boleh digunakan sebagai bukti kepada pegawai ICA ketika diperlukan di pusat pemeriksaan.

Pelawat boleh membuat demikian sehingga tiga hari sebelum ketibaan atau berlepas dari Singapura. Mereka mesti melengkapkan pengisytiharan mereka sebelum sampai ke pusat pemeriksaan Singapura.

Sesiapa yang membuat kesilapan dalam pengisytiharan mereka mesti membatalkannya dan menyerahkan perisytiharan yang baharu dalam talian. Jika rancangan perjalanan mereka berubah, mereka juga harus membatalkan pengisytiharan itu.

Pelawat boleh mengisi borang tersebut sehingga tiga hari sebelum mereka masuk atau keluar dari Singapura.

Mereka harus mengisi borang pengisytiharan sebelum tiba di pusat pemeriksaan Singapura.

Bagi mereka yang membuat kesilapan dalam borang pengisytiharan harus mengisi borang baharu.

Sekiranya rancangan perjalanan mereka berubah, mereka harus mengisi borang baharu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita