Pelawak Yusoff Maruwi diserang angin ahmar, kini dirawat di hospital
Anggaran Waktu Membaca:
Yusoff Maruwi (Gambar: Facebook Yusoff Maruwi)
SINGAPURA: Seniman pelawak veteran, Yusoff Maruwi, mengalami serangan angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Perkara itu disahkan isterinya ketika dihubungi BERITA Mediacorp sekitar 8 malam semalam (29 Mei).
BERITA Mediacorp turut menghubungi rakan pelawak, Suhaimi Yusof, yang turut menghubungi keluarga Encik Yusoff.
Menerusi satu mesej yang diteruskan oleh isteri Encik Yusoff, beliau ditemui rebah dalam bilik air rumahnya.
Encik Yusoff juga mengetuk baldi berhampiran untuk menarik perhatian isterinya, yang ketika itu sedang bekerja dari rumah.
Isterinya kemudian segera menghubungi ambulans sebelum Encik Yusoff dibawa ke TTSH untuk mendapatkan rawatan.
Terdahulu, BERITA Mediacorp menerima kiriman mesej bahawa Encik Yusoff mengalami serangan angin ahmar yang teruk di rumah pada Khamis (28 Mei) sebelum dikejarkan ke hospital.
Menurut Encik Suhaimi, beliau difahamkan Encik Yusoff mengalami angin ahmar 'Ischaemic'.
Ia merupakan keadaan apabila saluran darah ke otak tersumbat oleh darah beku atau lemak, menyebabkan bekalan darah ke otak terhenti.
Menurut Encik Suhaimi, keadaan itu menjejaskan pergerakan bahagian kiri tubuh Encik Yusoff.
Difahamkan juga pertuturan Encik Yusoff masih kurang jelas ketika ini.
Encik Yusoff Maruwi yang pada mulanya ditempatkan di Wad Kebergantungan Tinggi (High Dependency Ward), kini telah dipindahkan ke wad biasa.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.