Skip to main content

Singapura

Pelawak veteran Mahadi Shor meninggal dunia pada usia 75 tahun

Pelawak veteran Mahadi Shor atau lebih dikenali sebagai Obek Didi meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi Jumaat (27 Mac) pada usia 75 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak veteran Mahadi Shor meninggal dunia pada usia 75 tahun

Mahadi Shor atau lebih dikenali sebagai Obek Didi menghembuskan nafas terakhir di Rumah Rawatan NTUC Health pada pukul 4.45 pagi Jumaat (27 Mac). (Gambar: Facebook/Obek Didi)

SINGAPURA: Pelawak veteran Mahadi Shor atau lebih dikenali sebagai Obek Didi meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi Jumaat (27 Mac) pada usia 75 tahun.

Almarhum menghembuskan nafas terakhir di Rumah Rawatan NTUC Health di Tampines, di mana beliau sudah menghuni sejak beberapa tahun lalu, akibat beberapa penyakit.

Berita duka ini disahkan isteri Almarhum, yang dikenali sebagai Rozy, kepada BERITA Mediacorp pada pagi Jumaat.

Menurut Cik Rozy, Almarhum mengalami sakit jantung, buah pinggang dan juga barah mulut.

"Kami sedang menunggu doktor untuk memeriksa sekarang.

"Jenazah akan diuruskan selepas solat Jumaat," kata beliau.

Awal dari itu, pada lewat malam pada Khamis, rakan seperjuangan Almarhum, Ahmad Stokin, membuat catatan di laman Facebook mengenai keadaan pelawak veteran itu di hospital.

"Assalamualaikum, (saya) mewakili pihak sahabat kita Mahadi Shor (Obek Didi) sekeluarga. Saya mengambil inisiatif ini mengumumkan keadaan terkini beliau kepada semua yang mengenali beliau, sahabat dan juga peminat-peminat.

"Beliau sekarang ini dalam keadaan tenat. Kami mohon kesudian semua mendoakan semoga Allah permudahkan apa yang beliau sedang lalui," tulis Ahmad Stokin di Facebook.

PELAWAK LEGENDA TANAH AIR

Almarhum merupakan antara pelawak legenda tanah air yang membentuk 'Geng Pecah Perut' bersama rakan-rakan seperjuangan Husin Saaban, Almarhum Alias Kadir, Ariff Isa, Ahmad Stokin dan ramai lagi.

'Geng Pecah Perut' pernah mewarnai kaca televisyen tempatan dengan sketsa-sketsa yang sering mengundang tawa dengan aksi mereka yang selamba dan bersahaja.
Related article image
Almarhum Mahadi Syor disantuni Encik Borhan Sani, Setiusaha Agung Kehormat Pondok Gelam di Rumah Rawatan NTUC Health, Tampines pada 7 Mac 2026. (Gambar: Pondok Gelam)
Almarhum juga antara penerima sumbangan Projek Dana Kita Prihatin Kelab Pondok Peranakan Gelam (Pondok Gelam) 2026.

Pada 7 Mac lalu, Almarhum menerima sumbangan oleh Pondok Gelam semasa bulan Ramadan.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita