Skip to main content

Singapura

Pelatih keselamatan di tempat kerja dipenjara palsukan sijil & pas keselamatan

Seorang pelatih keselamatan di tempat kerja dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana memalsukan sijil-sjil dan pas keselamatan bagi kursus Keselamatan Penyelia Bangunan Binaan (BCSS).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelatih keselamatan di tempat kerja dipenjara palsukan sijil & pas keselamatan

Pekerja binaan dari Bangladesh dan India. (Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 24 Jan 2018 04:22PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 04:25PM

SINGAPURA: Seorang pelatih keselamatan di tempat kerja dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana memalsukan sijil-sjil dan pas keselamatan bagi kursus Keselamatan Penyelia Bangunan Binaan (BCSS).

Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (24 Jan).

Ramanathan Thamilselvan, seorang pelatih syarikat dengan Work Safe Consultants, menjual dokumen-dokumen palsu itu kepada para pekerja tanpa menjalankan sebarang latihan dan penilaian.

Kesalahan itu dilakukan antara bulan Januari dengan Mac 2016, menurut MOM.

Kursus latihan keselamatan diwajibkan ke atas para pekerja binaan yang ditugaskan menyelia tapak kerja projek.

Denda maksimum bagi kesalahan memalsukan sijil dan memberikan maklumat palsu di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Tempat Di Kerja ialah denda sehingga $5,000 dan sehingga enam bulan penjara bagi setiap kesalahan.

Dalam kenyataan medianya, MOM menyatakan dua pengarah dari dua lagi syarikat penyedia latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja juga masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 bulan atas kesalahan yang sama pada Ogos dan September tahun lalu.

Dua pengarah itu adalah Sellachamy Somasundaran dari Maha Safety Training Centre dan Md Abu Zahin Mostafizur dari Pioneer Skill Training Centre.

Mereka memalsukan sijil-sijil dan pas keselamatan bagi kursus yang sama antara bulan Ogos dengan Disember 2015, menurut MOM.

Sejak itu, MOM sudahpun membatalkan semua sijil palsu BCSS yang dikeluarkan oleh tiga syarikat tersebut dan menarik balik statusnya sebagai penyedia latihan bertauliah.

"Para pekerja asing yang membeli sijil-sijil palsu BCSS itu dilarang daripada menjalankan tugas sebagai penyelia. Mereka tidak dibenarkan memperbaharui pas kerja setelah ia tamat tempoh dan dilarang daripada bekerja di Singapura," menurut MOM.

"MOM memandang serius sebarang pencabulan ke atas Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja memandangkan isu-isu kesihatan dan keselamatan di tempat secara langsung menjejas kehidupan, keselamatan dan kesihatan pekerja.

"Audit dijalankan secara kerap ke atas para penyedia latihan bagi memastikan mereka mematuhi (undang-undang) dan kecekapan mereka sebagai penyedia latihan, tambah MOM. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita