Pelapis bangunan di International Business Park tidak patuhi piawaian keselamatan
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengenakan denda terhadap Orang Berkelayakan bagi projek pembangunan ICON@International Business Park (ICON@IBP), setelah mendapati pelapis atau 'cladding' pada permukaan bangunan itu tidak memenuhi piawaian.
ICON@International Business Park.
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengenakan denda terhadap Orang Berkelayakan bagi projek pembangunan ICON@International Business Park (ICON@IBP), setelah mendapati pelapis atau 'cladding' pada permukaan bangunan itu tidak memenuhi piawaian.
Karyawan industri itu menyedari sejak April tahun lalu bahawa panel komposit yang digunakan sebagai pelapis bangunan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran, tetapi gagal memaklumkan pihak SCDF, menurut agensi itu dalam satu kenyataan media pada Isnin (30 Sep).
Orang Berkelayakan, lazimnya seorang jurubina atau jurutera dikehendaki menyelia proses ujian panel komposit yang diambil dari tapak-tapak projek, mengesahkan skala penggunaannya dan tempat panel-panel itu dipasang di tapak berkenaan.
Pada Mac lalu, pemilik bangunan itu melaksanakan ujian kebakaran pada panel-panel komposit berkenaan untuk memeriksa sama ada ia memenuhi piawaian keselamatan kebakaran. Panel-panel itu gagal ujian tersebut.
Orang Berkelayakan itu menyedari tentang hasil ujian yang gagal itu pada April tahun lalu tetapi tidak memaklumkan SCDF, seperti diperlukan di bawah Akta Keselamatan Kebakaran.
Pemilik bangunan itu hanya memaklumkan SCDF mengenai pelapis bangunan itu pada Julai tahun ini.
Pemilik bangunan itu diberi masa 60 hari untuk menanggalkan pelapis bangunan yang tidak memenuhi piawaian keselamatan itu.
SCDF sudah melaksanakan penilaian keselamatan kebakaran di bangunan tersebut dan mendapati bahawa ia selamat untuk digunakan, berdasarkan peraturan keselamatan kebakaran sedia ada.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.