Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanjutan lawatan jangka pendek ke S'pura dinilai mengikut kes, jelas ICA

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Permohonan bagi pelanjutan Pas Lawatan Jangka Pendek (STVP) dinilai berdasarkan kes demi kes, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (20 Jul). 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan untuk menjawab pertanyaan media mengenai kemasukan mantan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa ke Singapura, penguasa tersebut menyatakan bahawa beliau diberikan STVP apabila tiba di negara ini. 

ICA menekankan bahawa Encik Rajapaksa memasuki Singapura atas lawatan peribadi. 

"Pelawat dari Sri Lanka yang memasuki Singapura atas tujuan lawatan sosial secara amnya akan diberikan STVP dengan tempoh sehingga 30 hari," terang ICA. 

Pelawat yang perlu melanjutkan lawatan mereka di Singapura boleh memohon untuk pelanjutan STVP mereka secara online, tambah ICA. Namun, permohonan akan
dinilai mengikut kes.

Sejurus selepas ketibaannya di Singapura pada 14 Julai lalu, Encik Rajapaksa menyerahkan peletakan jawatannya menerusi emel, yang diterima oleh speaker parlimen pada keesokan harinya. 

"Beliau tidak meminta perlindungan suaka dan juga tidak diberikan sebarang perlindungan suaka," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada waktu itu. 

MFA dan Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan bahawa Encik Rajapaksa memasuki Singapura bagi lawatan peribadi. 

Encik Rajapaksa menaiki penerbangan ke Singapura dari Maldives setelah melarikan diri daripada tunjuk perasaan di Sri Lanka, yang tercetus akibat krisis ekonomi paling teruk yang pernah melanda negara itu.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan