Pelanggaran piawai profesional oleh peguam meningkat ketara, kata Hakim Besar Sundaresh Menon
Tahun baru guaman bermula pada Isnin (9 Jan) dengan Hakim Besar Sundaresh Menon menarik perhatian kepada meningkatnya jumlah kes pelanggaran piawai profesional oleh peguam sejak beberapa tahun-tahun kebelakangan ini.

SINGAPURA: Tahun baru guaman bermula pada Isnin (9 Jan) dengan Hakim Besar Sundaresh Menon menarik perhatian kepada meningkatnya jumlah kes pelanggaran piawai profesional oleh peguam sejak beberapa tahun-tahun kebelakangan ini.
Acara tahunan itu diadakan secara bersemuka buat pertama kali dalam tiga tahun sejak bermulanya pandemik COVID-19.
Menurut Encik sebanyak 25 tribunal disiplin dilantik pada tahun lalu dan 28 tribunal dilantik pada 2021.
Ini berbanding 12 tribunal pada 2018 dan 13 tribunal pada 2018.
Antara pelanggaran yang berlaku termasuk, peguam yang melanggar arahan anak guam, gagal memaklumkan anak guam tentang prosiding kes atau melanggar kepentingan anak guam.
Sebagai respons kepada jumlah kes yang meningkat, sebuah pasukan akan dibentuk untuk membangunkan semula strategi yang bertujuan untuk "mewujudkan semula pusat moral dan menegakkan nilai-nilai yang sepatutnya menjadi pegangan peguam."
Pasukan itu yang diterajui oleh Hakim Valerie Thean dan Peguam Kanan Jimmy Yim, akan juga akan berusaha untuk memupuk nilai sedemikian pada peserta baru dalam industri tersebut.
"Saya juga mahu kumpulan itu mempertimbangkan kesan perubahan yang timbul daripada peristiwa tiga tahun lepas, dari perspektif kesejahteraan profesional dan etika kita," kata Hakim Besar.
Hasil penemuan pasukan itu akan disampaikan dalam masa terdekat, tambahnya.
KERJAYA KURANG MENARIK BAGI PEGUAM MUDA
Dalam ucapannya sebagai Presiden Persatuan Guaman Singapura, Encik Adrian Tan berkata jumlah keanggotaan merosot buat pertama kalinya tahun lalu sejak lima tahun lalu selepas meningkat tahun demi tahun sari 2017 hingga 2021.
Jumlah anggota mencapai paras tertinggi sebanyak 6,333 pada 2021 sebelum merosot sekitar satu peratus kepada 6,273 tahun lalu.
Jumlahnya mungkin "kecil" tetapi kesannya amat "besar", kata Encik Tan.
Jumlah keanggotaan daripada peguam muda yang berkhidmat kurang lima tahun meroto paling banyak, kata Encik Tan sebanyak 7 peratus daripada 2,214 pada Ogos 2021 kepada 2,048 Ogos lalu.
"Ia amat membimbangkan dan harus dilihat bersama satu lagi trend membimbangkan mengenai calon yang diterima menjadi peguam," kata Encik Tan.
Pada Ogos 2021, hanya 613 peguam baru diterima ke Badan Peguam, merosot sebanyak lebih 100 orang daripada 2020.
Pada tahun 2022, bilangan peguam yang diterima Badan Peguam merosot lagi kepada 597.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.