Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanggan StarHub adalah pertama di S'pura untuk alami kelajuan lebih pantas 5G

StarHub pada Isnin (17 Ogos) menyatakan bahawa pihaknya akan menjadi yang pertama di Singapura untuk menawarkan para pelanggannya akses kepada rangkaian khidmat 5G lebih pantas di bawah tempoh ujian selama enam bulan mulai Selasa (18 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan StarHub adalah pertama di S'pura untuk alami kelajuan lebih pantas 5G

Gambar fail.

Diterbitkan : 18 Aug 2020 09:07AM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 09:10AM

SINGAPURA: StarHub pada Isnin (17 Ogos) menyatakan bahawa pihaknya akan menjadi yang pertama di Singapura untuk menawarkan para pelanggannya akses kepada rangkaian khidmat 5G lebih pantas di bawah tempoh ujian selama enam bulan mulai Selasa (18 Ogos).

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong rancangan pengendali rangkaian mudah alih untuk memanfaatkan rangkaian 4G sedia ada untuk melancarkan rangkaian kendiri 5G.

Rangkaian-rangkaian 5G yang menggunakan prasarana rangkaian baru akan membolehkan para pelanggan menikmati beberapa manfaat 5G, seperti kelajuan lebih pantas pada peralatan mudah alih yang dilengkapi dengan khidmat 5G.

Apabila diberi kelulusan oleh IMDA, para pengendali akan dibenarkan untuk menjalankan ujian pasaran dan menawarkan beberapa khidmat komersil 5G pada peringkat awal kepada para pelanggan,

Pada Jun, Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata bahawa Singapura menepati sasarannya untuk melancarkan dua rangkaian 5G meliputi seluruh negara menjelang 2025, setelah Singtel dan usahasama oleh StarHub dan M1 diberikan tawaran akhir untuk mengendalikan rangkaian di sini.

STARHUB PERTAMA DI S'PURA TAWAR KHIDMAT 5G KEPADA PELANGGAN

Mulai Selasa, StarHub menyatakan bahawa para pelanggannya akan dapat "secara automatik mengalami beberapa manfaat awal 5G" dengan menggunakan alat mudah alih sesuai yang tersedia di pasaran kini dengan pelan-pelan Mobile+ atau Biz+ barunya.

Akses awal itu ditawarkan percuma bagi para pelanggan StarHub menjelang pelancaran komersil sepenuhnya bagi khidmat kendiri 5G tahun depan.

Buat masa ini, StarHub 5G meliputi 53 peratus daripada kawasan yang didiami penduduk di Singapura. Ini akan diperluaskan kepada kadar liputan sebanyak 70 peratus menjelang September, termasuk tempat-tempat seperti Ang Mo Kio, Bedok, Kawasan Pusat Bandar (CBD), Jurong dan Woodlands.

Ujian awal 5G oleh StarHub akan dijalankan sehingga 16 Feb 2021.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan