Pelanggan Singtel, Starhub, M1, MyRepublic alami gangguan khidmat jalur lebar
Anggaran Waktu Membaca:
Modem Internet. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Pelanggan Singtel, StarHub, M1 dan MyRepublic melaporkan masalah dengan perkhidmatan jalur lebar pada Sabtu (18 Apr), dengan Singtel menyatakan bahawa isu tersebut mungkin disebabkan oleh "kerja-kerja binaan".
Laman pemantau gangguan Downdetector menunjukkan terdapat lonjakan dalam jumlah laporan bagi keempat-empat syarikat telekomunikasi pada sekitar pukul 10.45 pagi, dengan laporan masih dibuat selepas itu.
Sebahagian besar laporan itu adalah mengenai khidmat jalur lebar, menurut data Downdetector.
Dalam catatan Facebook pada pukul 11.45 pagi, Singtel menyatakan: "Kami sedia maklum sesetengah pelanggan mungkin mengalami masalah mengakses khidmat jalur lebar gentian mereka.
"Kami difahamkan ia mungkin berkaitan dengan beberapa kerja binaan di lapangan (yang) menjejas semua pengendali.
"Jurutera kami sedang menjalankan siasatan."

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.