Pelanggan rugi sekitar S$331,000 setelah 2 syarikat penjual kereta tiba-tiba tutup kedai
Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Jumaat (22 Nov) mengeluarkan satu amaran setelah dua syarikat penjual kereta tiba-tiba tutup kedai, sekali gus menyebabkan para pelanggan kehilangan ribuan dolar.
Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Jumaat (22 Nov) mengeluarkan satu amaran setelah dua syarikat penjual kereta tiba-tiba tutup kedai.
SINGAPURA: Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Jumaat (22 Nov) mengeluarkan satu amaran setelah dua syarikat penjual kereta tiba-tiba tutup kedai, sekali gus menyebabkan para pelanggan kehilangan ribuan dolar.
"Dari 1 Sep 2019 hingga 31 Okt 2019, CASE menerima tiga aduan dan lima aduan masing-masing mengenai penutupan Universe Motoring dan Karz Automobile," menurut persatuan itu dalam satu kenyataan media.
Para pelanggan memberiitahu CASE bahawa mereka menandatangani kontrak untuk membeli kereta terpakai dari penjual itu, namun setelah membuat pembayaran dan mengambil kereta-kereta itu, syarikat-syarikat tersebut gagal memindahkan rekod pemilikan kenderaan kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kepada mereka.
Seorang pelanggan sudah membuat bayaran penuh untuk kereta itu tetapi dua bulan kemudian, masih belum menerima rekod pemilikan kenderaan itu, meskipun mereka sudah menghantar beberapa peringatan kepada penjual-penjual itu.
Ekoran maklum balas daripada para pelanggan, CASE menyatakan bahawa Universe Motoring sudahpun mengosongkan premisnya di Turf Club Road dan Karz Automobile tidak lagi beroperasi di West Coast Highway.
Secara keseluruhan, penutupan syarikat-syarikat itu menyebabkan para pelanggan kehilangan sebanyak S$331,600, menurut CASE.
Dari Disember 2018 hingga September tahun ini, CASE menerima 26 aduan berkaitan penutupan sekurang-kurangnya tujuh syarikat penjual kereta.
Kebanyakan pelanggan melaporkan kepada CASE bahawa syarikat-syarikat penjual kereta itu sudah berjanji akan memindahkan hak milik kereta terpakai itu kepada mereka dalam beberapa minggu, tetapi kemudian tutup tanpa sebarang pemberitahuan.
Dalam beberapa kes, kereta para pengguna diambil alih oleh syarikat pembiayaan kewangan kerana penjual-penjual kereta itu belum lagi melunaskan pembiayaan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.