Skip to main content

Singapura

Pelanggan Robinsons resah tempahan belum diterima

Sebilangan pelanggan Robinsons mengadu tentang kelengahan atau pembatalan penghantaran tilam-tilam yang sudah dibeli, sedang para pembekal tilam menunggu pembayaran mereka di tengah-tengah proses pembubaran peruncit itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan Robinsons resah tempahan belum diterima
Diterbitkan : 01 Nov 2020 10:29PM Dikemas Kini : 01 Nov 2020 10:31PM

SINGAPURA: Sebilangan pelanggan Robinsons mengadu tentang kelengahan atau pembatalan penghantaran tilam-tilam yang sudah dibeli, sedang para pembekal tilam menunggu pembayaran mereka di tengah-tengah proses pembubaran peruncit itu.

Mengakui akan "keprihatinan dan keresahan" para pelanggan terjejas, Robinsons pada Ahad (1 Nov) menyatakan dalam satu kiriman Facebook, bahawa isu itu dikenalpasti sebagai "keutamaan yang akan dibincangkan dengan para pembekal tilam".

"Sehingga kini, kami sedang mengatur jadual mesyuarat dengan para pembekal tilam atas urusan penting untuk cuba menghuraikan keadaan sekarang yang menjejas para pelanggan kami.

"Malangnya, sehingga kami boleh berbincang dan menyelesaikan isu-isu itu dengan para pembekal tilam, kami tidak dapat menyediakan sebarang kemas kini lanjut atau melakukan sebarang penghantaran, bayaran balik atau pertukaran," menurut syarikat itu.

Penutupan dua gedung terakhir Robinsons di The Heeren dan Raffles City Shopping Centre diumumkan pada Jumaat.

Setelah lebih 160 tahun beroperasi di Singapura, keputusan untuk gulung tikar dibuat kerana corak pembelian runcit yang kian berubah dan permintaan yang lemah, yang diburukkan lagi akibat COVID-19, menurut syarikat itu.

Robinsons, yang dimiliki oleh Al-Futtaim Group, menggajikan 175 kakitangan di Singapura.

Robinsons menambah pada Ahad: "Kami akan memaklumkan semua pelanggan yang mempunyai deposit (termasuk pembayaran penuh) sebaik sahaja kami ada huraian kepada situasi ini dan kami memohon kesabaran anda sementara kami menguruskan hari ini dalam hari-hari mendatang."

Sementara itu, ia menasihati para pelanggan untuk menghantar salinan resit mereka kepada emel pembubar, robinsons [at] kordamentha.com.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita