Pelanggan POSB boleh dapat nasihat tentang urusan kewangan
Anggaran Waktu Membaca:

Mesin POSB. (Gambar: POSB)
SINGAPURA: Para pengguna tempatan akan mendapat lebih banyak sokongan mengenai urusan kewangan, termasuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
Dengan memanfaatkan aplikasi e-perbankan POSB, mereka kini boleh menghubungi Pengurus Perancangan Kewangan bagi mendapatkan panduan mengenai isu-isu berkaitan kewangan.
Para pelanggan akan dihubungkan kepada pengawai sebegini menerusi panggilan langsung telefon.
Para pegawai POSB juga akan mengirim e-nota berisi maklumat mengenai pelbagai inisiatif pemerintah serta trend pasaran.
Menurut bank itu, para pegawai tersebut merupakan lapisan perlindungan tambahan terhadap penipuan online.
Sejak program perintis dilancarkan April lalu, pertanyaan mengenai perancangan kewangan meningkat tiga kali ganda.
Sekitar 800 penduduk Nee Soon diberi pendedahan mengenai program tersebut di satu acara pesta kejiranan pada Sabtu (2 Nov).
Menurut Anggota Parlimen kawasan undi Nee Soon dan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, menjadi celik kewangan penting demi menangkis penipuan online.
"7.2 peratus kes penipuan libatkan mereka berusia 65 tahun ke atas. Tetapi, ia tidak bermakna mereka di bawah usia itu tidak terjejas. Saya rasa, hampir tiga suku mangsa berusia di bawah 50 tahun. Jadi semua orang terjejas," kata Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.