Pelanggan M1 lapor gangguan kedua pada khidmat Internet bulan ini
M1 didenda S$400,000 pada tahun ini menyusuli gangguan-gangguan pada khidmat Internet jalur lebar pada Mei.
SINGAPURA: Para pelanggan M1 melaporkan gangguan pada khidmat Internet mereka pada Isnin (21 Dis) iaitu kali kedua insiden sedemikian berlaku pada bulan ini.
Insiden itu juga merupakan gangguan kali keempat pada khidmat M1 tahun ini.
"Khidmat @M1Singapore terganggu lagi. Anda harus menukar cara operasi anda M1. Anda menjejas semua orang yang bekerja dari rumah," kata pengguna Twitter Michael Guerin di laman media sosial syarikat telko itu.
Para pengguna M1 mula melaporkan gangguan itu kepada laman Facebook M1 pada sekitar 10.30 pagi.
Menurut para pengguna, khidmat M1 turut terganggu di beberapa bahagian di Singapura termasuk Tampines, Bishan, Simei, Sembawang, Marsiling, Serangoon, Jurong dan Bukit Panjang.
Lebih 12,000 aduan dilaporkan kepada pemantau khidmat online, Downdetector, sekatat 12.00 tengah hari.
Khidmat gentian M1 dan panggilan melalui talian tetap terganggu selama beberapa jam di merata negara pada 4 Disember.
Ketika itu, syarikat tersebut menyatakan bahawa semua pelanggan yang terjejas boleh menukar kepada data mudah alih mereka dan tiada bayaran akan dikenakan bagi penggunaan data yang berlebihan.
M1 didenda S$400,000 pada tahun ini menyusuli gangguan-gangguan pada khidmat Internet jalur lebar pada Mei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.