Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanggan lapor alami masalah pada siaran StarHub TV semasa hujung minggu terakhir EPL

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelanggan melaporkan mereka mengalami masalah dengan khidmat penyiaran StarHub pada Ahad (28 Mei), yang merupakan hujung minggu terakhir musim Liga Perdana England (EPL).

Data di laman DownDetector menunjukkan laporan gangguan mula dicatatkan sejurus sebelum 10 perlawanan bermula pada pukul 11.30 malam. Jumlah laporan tentang gangguan itu kemudian melonjak kepada 2,400 sekitar pukul 11.37 malam.

Para pelanggan mengongsikan gambar skrin yang menghadapi ralat di akaun Twitter dan laman Facebook StarHub. Para pengguna juga melaporkan bahawa laman StarHub TV+, kotak set-top dan aplikasinya tidak berfungsi pada permulaan pusingan terakhir perlawanan.

Namun, perkhidmatan tersebut kembali pulih selepas itu.

Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, Starhub menjelaskan bahawa "gangguan perkhidmatannya berpunca daripada ralat penghantaran satelit pada beberapa saluran HubPremier".

Ia menambah bahawa khidmat Premier+ berjaya dipulihkan sebelum tengah malam dan memohon maaf atas ganguan tersebut.

StarHub mendapat hak untuk menyiarkan Liga Perdana England di Singapura. Hak penyiaran sebelum ini dipegang oleh syarikat telekomunikasi saingan, Singtel, buat 12 tahun berturut-turut.

Sebelum ini, para pelanggan juga melaporkan gangguan semasa hujung minggu pembukaan siaran Liga Perdana England.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan