Pelanggan DBS boleh nikmati tawaran 60 sen di Sheng Siong, cawangan F&B sempena sambutan SG60
DBS memperkenalkan pelbagai tawaran sempena sambutan DBS bagi meraikan ulang tahun Singapura yang ke-60. Ia diumumkan di sebuah acara POSB “Support Our Heartlands” pada Sabtu (15 Mac), yang dihadiri Menteri Pendidikan Chan Chun Sing (ketiga dari kanan) dan Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua (kedua dari kanan). (Gambar: DBS)
Para pelanggan Kad Debit dan Kad Everyday POSB boleh menikmati tawaran itu sehingga 30 Jun ini.
Ia sempena sambutan DBS bagi meraikan ulang tahun Singapura yang ke-60.
Pada separuh kedua tahun ini pula, para pengguna boleh menikmati tawaran 60 sen di cawangan F&B serta potongan harga sebanyak 60 peratus ke daya tarikan.
DBS juga akan memperkenalkan pakej pinjaman rumah, yang menawarkan kadar faedah lebih rendah berbanding kadar konsesi HDB sedia ada.
Selain itu, terdapat juga bonus tunai sehingga S$310 bagi mereka yang masukkan gaji ke dalam akaun DBS atau POSB.
Bank tersebut akan menampingi warga emas dengan inisiatif-inisiatif seperti karnival kecelikan digital dan kewangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.