Skip to main content

Singapura

Pelanggan DBS boleh 'kunci' wang simpanan dalam akaun sedia ada

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan DBS boleh 'kunci' wang simpanan dalam akaun sedia ada

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Feb 2024 03:00PM

SINGAPURA: DBS sedang melanjutkan perlindungan digiVault kepada semua akaun, yang membenarkan pelanggan untuk "mengunci" wang simpanan dalam akaun mereka.

Ciri tersebut, yang dilancarkan November lalu, membenarkan pelanggan mengunci wang simpanan mereka dalam akaun khas, di mana wang tersebut tidak boleh dipindahkan keluar secara digital.

Pelanggan DBS dan POSB sedia ada yang ingin menggunakan ciri digiVault tidak perlu membuka akaun khas untuk melakukan demikian. OCBC memperkenalkan ciri Money Lock November lalu, yang juga membolehkan pelanggan mengunci wang simpanan mereka tanpa membuka akaun baharu.

"Dengan langkah baharu ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih bagaimana wang simpanan mereka dilindungi, sama ada dalam akaun digiVault berasingan di mana wang yang dikunci dipisahkan daripada wang simpanan yang lain, atau dengan mengunci sebahagian daripadanya dalam akaun sedia ada," dedah DBS pada Jumaat (23 Feb).

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk "mengunci" akaun deposit tetap. Selepas ia dikunci, ia menghalang sebarang pemindahan wang secara digital atau perubahan pada arahan kematangan.


Menurut DBS, lebih sejuta pelanggan sudah menggunakan ciri keselamatan tersebut, dan bank itu menyasarkan untuk menggandakan jumlah tersebut sepanjang 12 bulan akan datang dengan meneruskan peningkatan pada ciri keselamatannya, dan meningkatkan pendidikan antipenipuan.

BAGAIMANA "KUNCI" WANG SIMPANAN DALAM AKAUN SEDIA ADA

Pelanggan yang ingin "mengunci" wang simpanan mereka dalam akaun sedia ada boleh memohon untuk melakukan demikian melalui digibot, yang boleh diakses melalui halaman digiVault bank, atau digibank online.

Selepas melancarkan digibot, mereka harus menekan pilihan "kunci simpanan saya", di mana mereka akan diperlukan untuk mengesahkan permohonan itu.

Selepas ia diproses, biasanya dalam dua hari perniagaan, pelanggan akan menerima emel daripada bank untuk memaklumkan mereka bahawa wang simpanan mereka berjaya dikunci.

Seperti akaun digiVault yang lain, pelanggan hanya boleh mengakses wang simpanan yang dikunci itu dengan ke cawangan DBS atau POSB dan mengesahkan identiti mereka.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita