Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanggan bank S'pura 'hangus' sekurang-kurangnya S$1.6 juta akibat penipuan sejak 12 bulan lalu

Para mangsa kerugian sekurang-kurangnya S$1.6 juta sepanjang tahun lalu disebabkan oleh para penipu yang menjadikan pelanggan bank sebagai sasaran mereka, menurut polis pada Selasa (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan bank S'pura 'hangus' sekurang-kurangnya S$1.6 juta akibat penipuan sejak 12 bulan lalu

Gambar fail seorang menggunakan telefon bimbit. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 03:02PM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 03:06PM

SINGAPURA: Para mangsa kerugian sekurang-kurangnya S$1.6 juta sepanjang tahun lalu disebabkan oleh para penipu yang menjadikan pelanggan bank sebagai sasaran mereka, menurut polis pada Selasa (14 Jan).

Sejak Januari tahun lalu, pihak polis menerima sekurang-kurangnya 60 aduan melibatkan pelbagai bentuk penipuan bank.

Dalam salah satu jenis penipuan, para mangsa ditipu dengan muslihat bahawa akaun bank atau kad ATM mereka sudah disekat, dibatalkan atau sudah tidak lagi aktif.

Jika para mangsa berhasil diperdayakan, penipu akan meminta maklumat peribadi seperti butiran perbankan internet dan kata laluan sekali saja (OTP). Selepas itu, barulah para mangsa menyedari bahawa wang daripada akaun bank mereka sudah dipindahkan tanpa pengetahuan mereka.

Dalam satu lagi kes penipuan, mangsa akan menerima panggilan telefon daipada seorang penipu melalui aplikasi Viber. Penipu yang menyamar sebagai pekerja bank dan dia mendakwa bahawa akaun bank mangsa sudah dikunci atau digantung.

Penipu itu kemudian akan menawarkan bantuan kepada mangsa untuk menghuraikan isu tersebut. Bagi sesetengah kes, para penipu akan meminta mangsa untuk menghubungi nombor khusus melalui Whatsapp konon-kononnya untuk mengesahkan identiti mangsa.

Dalam kes penipuan ketiga, mangsa akan menerima panggilan daripada rakaman mesej yang mendakwa bahawa panggilan berkenaan adalah dari sebuah bank untuk memaklumkan mangsa bahawa akaun banknya sudah dikunci atau tidak lama lagi akan dibatalkan.

Mangsa kemudian akan diminta untuk menekan nombor sebelum panggilan itu boleh disalurkan kepada seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai bank.

Dalam kes-kes lain, mangsa akan menerima satu kiriman SMS, juga mendakwa bahawa panggilan tersebut adalah dari pihak bank untuk memaklumkan mangsa bahawa kad ATMnya sudah disekat atau sudah tidak lagi aktif.

Penipu kemudian akan mengarahkan si mangsa supaya menelefon nombor tertentu untuk mengaktifkan kad ATMnya.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati terhadap mesej atau panggilan telefon daripada para individu yang menyamar sebagai pekerja bank.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan