Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelancong, warga asing bentuk 50% GST tahunan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2022 05:59PM Dikemas Kini : 08 Nov 2022 08:41PM
SINGAPURA: Para pelancong dan warga asing membentuk separuh daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bersih yang dikumpul pada tahun 2018 dan 2019.

Bayaran balik cukai kepada pelancong bagi tempoh yang sama pula berjumlah S$200 juta setiap tahun.

Menteri Negara Kanan Kewangan Chee Hong Tat berkata jumlah itu membentuk kira-kira dua peratus jumlah keseluruhan GST yang dikutip pemerintah.

Para individu dan isi rumah membayar sekitar S$5.7 bilion GST setiap tahun pada tahun 2018 dan 2019.

Ini selepas mengambil kira bayaran balik kepada para pelancong serta baucar GST tahunan bagi rakyat Singapura.

Sementara itu, golongan 20 peratus teratas isi rumah tempatan membentuk hampir 20 peratus daripada GST yang terkumpul.

Baki 30 peratus daripada GST pula adalah daripada 80 peratus penduduk dan isi rumah yang lain.

Encik Chee berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) dari Parti Pekerja (WP) Jamus Lim mengenai pengumpulan GST di Singapura.

"Tentu sekali akan ada sebahagian daripada GST, GST bersih yang dibayar pelbagai lapisan masyarakat daripada kuintil pendapatan yang berbeza, termasuk golongan berpendapatan pertengahan dan juga golongan berpendapatan di atas pertengahan," kata Encik Chee.

"Jadi jika anda melihat pertengahan (kuintil) ke-40 dan juga ke-60 dan juga dari (kuintil) ke-60 hingga ke-80. Sudah tentu saya kira mereka menanggung sebahagian daripada GST, tetapi kesan GST yang mereka tanggung bukanlah jumlah penuh," tambahnya.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan