Pelancaran Kempen Pencegahan Denggi Kebangsaan dipercepat kepada Mac
Pemerintah akan mempercepatkan pelancaran kempen tahunan pencegahan denggi kepada bulan Mac setelah satu jenis virus itu, yang tidak kelihatan sepanjang tiga dekad lalu, muncul baru-baru ini.

Kain rentang dipasang di Blok 714 & 715 di Bedok Reservoir Road. (Gambar: Monica Kotwani)
SINGAPURA: Pemerintah akan mempercepatkan pelancaran kempen tahunan pencegahan denggi kepada bulan Mac setelah satu jenis virus itu, yang tidak kelihatan sepanjang tiga dekad lalu, muncul baru-baru ini.
Biasanya, kempen itu diadakan sebelum kemuncak musim denggi dari Jun hingga Oktober.
Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkongsi perkara itu dalam respons bertulis kepada satu soalan parlimen.
Nisbah bulanan virus denggi kes serotaip 3 pada Januari adalah kira-kira 46 peratus iaitu lebih tinggi daripada 40 peratus yang dicatatkan jenis serotaip 2 yang merupakan virus utama di Singapura.
Dengan jumlah kes virus serotaip 3 semakin meningkat sepanjang tiga bulan lalu, pihak berkuasa sedang memantau rapi keadaan kerana sebarang pertukaran dalam serotaip lazimnya terkait dengan penularan denggi.
Encik Masagos juga berkata 70 peratus daripada hampir 550 kelompok denggi yang dikenal pasti tahun ini sudah ditutup.
Pemerintah berhasrat untuk memulakan usaha pendampingan seluruh negara yang intensif semasa kempen pencegahan denggi itu bersama-sama dengan para pemimpin dan relawan akar umbi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.