Pelan tindakan dilancarkan untuk terap inovasi & reka bentuk dalam seluruh sistem pendidikan SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mempunyai strategi baharu untuk mengajar inovasi dan reka bentuk dalam sistem persekolahan kebangsaan.
Satu pelan tindakan dilancarkan untuk menerapkan pemikiran reka bentuk ke dalam struktur asas sekolah-sekolah tempatan, dari peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi.
Matlamatnya adalah untuk membangunkan rangkaian bakat yang bersedia menghadapi ekonomi masa hadapan yang menghadapi cabaran-cabaran seperti kecerdasan buatan, penduduk yang menua dan perubahan iklim.
Pelan tindakan pendidikan itu menjangkau bidang pengkhususan seperti seni bina, reka bentuk produk atau fesyen.
Visinya adalah untuk meletakkan pemikiran reka bentuk sebagai teras kurikulum, mulai dari sekolah rendah.
Ia adalah sistem di mana para pelajar boleh menggunakan kemahiran reka bentuk untuk menghuraikan isu-isu rumit dan masalah harian.
Di peringkat pengajian tinggi, para pelajar boleh menjadi sebahagian daripada rangkaian di mana institusi pengajian tinggi menawarkan kursus dan program yang merentasi disiplin berbeza.
Konsep pendidikan itu juga melibatkan kerjasama antara sekolah-sekolah dengan industri.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.