Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan telefon harga murah mungkin berakhir dengan pelaksanaan rangkaian 5G

Orang ramai mungkin perlu membayar bil telefon lebih tinggi tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jan 2022 08:25PM Dikemas Kini : 29 Jan 2022 09:47PM

SINGAPURA: Orang ramai mungkin perlu membayar bil telefon lebih tinggi tidak lama lagi.

Para pengamat pasaran menjangkakan pelan data telefon bimbit yang murah akan berakhir dengan pelaksanaan rangkaian teknologi 5G secara bertahap-tahap.

Sekarang ini data 2GB dan masa menelefon selama 50 minit bagi pelan 4G - harganya serendah S$5 sahaja.

Ia lebih tujuh kali lebih rendah berbanding harganya lima tahun lalu dan antara sebab utamanya adalah terdapat lebih banyak syarikat telko di dalam pasaran.

Kini ada lebih 10 syarikat telko termasuk pengendali rangkaian mudah alih maya seperti Circles.Life dan MyRepublic.

Namun, keadaan akan berubah seiringan dengan pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.

Misalnya, Singtel dan usahasama antara StarHub dengan M1 mendapat hak untuk membina dua rangkaian 5G di seluruh Singapura menjelang 2025.

Rangkaian Singtel sendiri kini meliputi lebih dua pertiga negara ini.

Para pemerhati pasaran berkata kelebihan itu bermakna kedudukan Singtel jauh lebih kukuh berbanding syarikat-syarikat telko baru seperti TPG.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat telko terkemuka juga dijangka memanfaatkan 'kekuatan' masing-masing untuk terus meraih keunggulan dalam bidang-bidang lain yang berkembang seperti keselamatan siber dan khidmat 'cloud'.

Syarikat-syarikat telko akan meraih manfaat apabila permintaan meningkat dalam tahun-tahun akan datang.

Rangkaian 5G adalah aspek penting dalam rancangan negara menuju ke arah pendigitalan dan merubah industri seperti pengilangan teknologi tinggi.

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan