Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan Seni seterus SG tingkatkan prospek kerjaya penggiat seni

Anggaran Waktu Membaca:
Pelan Seni seterus SG tingkatkan prospek kerjaya penggiat seni

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Sektor ekonomi kreatif Singapura bakal mendapat rangsangan lebih besar.

Pelan Seni seterusnya bakal meningkatkan prospek kerjaya para penggiat seni serta membina ekosistem digital untuk golongan itu dan para penggemar seni.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkongsi beberapa rancangan untuk mengembangkan ekonomi kreatif Singapura memberi tumpuan kepada model perniagaan baru dan hak harta intelektual.

Salah satu caranya adalah dengan mengadunkan seni ke dalam dunia maya atau 'Metaverse'.

Majlis Seni Kebangsaan (NAC) akan meneroka pelbagai kemungkinan bersama para rakan kongsi menerusi satu perikatan bertindak yang baru pada pertengahan 2023.

"NAC akan manfaatkan dunia maya 'Metaverse' untuk memaparkan Singapura sebagai kota seni yang tersendiri. Dengan lebih banyak peluang baru terbuka dalam Metaverse, terdapat potensi baru untuk pembangunan penonton, meraih pendapatan serta pertumbuhan teknologi inovatif dalam bidang seni," kata Encik Tong.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan