Pelan Kerja CNB pertingkat usaha manfaatkan teknologi & galak kerjasama masyarakat

(Gambar: Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim/Facebook)
SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) melakar rancangan untuk mengukuhkan usaha penguatkuasaan dadah melalui penggunaan teknologi, kerjasama masyarakat dan undang-undang.
Ini didedahkan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semasa mengumumkan pelan kerja tahunan CNB.
Dengan bekalan dadah global bertambah dan pasaran dadah serantau terus berkembang, CNB meningkatkan usaha untuk menangani cabaran berkenaan.
Antaranya dengan menggunakan kit ujian pemeriksaan yang membolehkan para pegawai CNB untuk mengenal pasti bahan yang disita sememangnya benar-benar dadah terkawal.
Dr Faishal menekankan pencegahan yang teguh amat penting kerana penyalahgunaan dadah memberi kesan teruk terhadap para pesalah, keluarga mereka dan masyarakat.
"Pendirian Singapura mengenai dadah termasuk hukuman mati memang sudah diketahui dan berkesan bagi negara ini. Ia juga disokong oleh sistem keadilan jenayah yang berkesan, tindak penguatkuasaan dan perisikan yang berkesan supaya terdapat kepastian tinggi bagi penangkapan dan tiada rasuah di pihak pengadilan," kata Dr Faisal.
"Dalam dunia yang sempurna kami tidak mahu melaksanakan hukuman mati tetapi kami perlu terus melakukan apa yang terbaik buat Singapura dan rakyatnya."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.