Pelan Induk Riadah cipta lebih banyak ruang rekreasi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelan Induk Riadah yang pertama bagi Singapura bertujuan untuk mencipta lebih banyak ruang dan peluang bagi para penduduk untuk bersenam, berehat dan bersantai.
Pelan induk tersebut diharap dapat mendorong langkah menjadikan Singapura lebih sesuai untuk didiami dan inklusif dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
"Bagi sebahagian Pelan Induk Riadah, kami sedang berusaha untuk aktifkan dan ciptakan rangkaian ruang riadah di merata negara dengan menggabungkan sukan, seni, alam semula jadi, warisan dan kesejahteraan," kata Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah.
"Ruang-ruang riadah ini termasuk di kawasan tertutup dan di luar, dekat dengan perumahan dan dihubungkan melalui laluan pejalan kaki, laluan berbasikal dan penghubung taman," tambahnya.
"Beberapa gudang lama boleh diubah menjadi gelanggang futsal tertutup, kami boleh membina gelanggang futsal di bawah jejambat dan kami pernah melakukan perkara itu. Jadi mencari ruang-ruang tersebut yang tidak digunakan secara berkesan sepenuhnya, dan kami cuba untuk menggunakannya dengan lebih berkesan," kata Dr Woo Jun Jie, Pensyarah Kanan di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew (LKYSPP).
Dr Woo menambah bahawa manfaat daripada ruang rekreasi melebihi aktiviti yang dilakukan, ia juga memberi kesan kepada kesihatan, kesejahteraan mental dan menawarkan ruang bagi jiran tetangga untuk meluangkan waktu bersama.
Untuk melengkapkan usaha-usaha tersebut adalah usaha Bandar dalam Alam Semula Jadi oleh NParks.
Langkah-langkah untuk melindungi biodiversiti negara termasuk menanam semula 40 hektar hutan dan memulihkan habitat pantai serta laut.
Selain itu, Pulau Subar Darat akan dibuka kepada pengunjung tahun ini.

Sumber : CNA/IA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.