Pelan Induk Ketersambungan Digital bentang aspirasi prasarana SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) sedang membangunkan Pelan Induk Ketersambungan Digital bagi membentangkan aspirasi prasarana Singapura bagi tempoh jangka panjang.
Pelan Induk itu meliputi ketersambungan dalam negeri menerusi khidmat jalur lebar, mudah alih dan Wi-Fi, serta kabel bawah laut yang menghubungkan Singapura dengan dunia.
Selain itu, ia juga merangkumi pusat-pusat data yang menyimpan dan menghitung data, prasarana digital yang membolehkan urus niaga yang selamat dan mudah serta Aplikasi Disambungkan Internet.
Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary akan mempengerusikan bersama sebuah panel penasihat yang terdiri daripada pemimpin perniagaan dan industri.
Mereka akan berkongsi pandangan mengenai tahap daya maju teknikal dan perniagaan, serta daya saing antarabangsa dan jangkaan permintaan.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.