Skip to main content

Singapura

Pelan induk baharu pengangkutan SG akan ambil kira penduduk menua, perubahan iklim

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Nov 2025 07:40PM Dikemas Kini : 21 Nov 2025 11:38PM
SINGAPURA: Pelan baharu bagi sistem pengangkutan darat Singapura akan mengambil kira perubahan seperti penuaan penduduk dan perubahan iklim.

Ia juga akan menimbangkan pandangan mengenai teknologi seperti kenderaan tanpa pemandu (AV) yang muncul sejak Pelan Induk Pengangkutan Darat, kali terakhir diterbitkan pada tahun 2019.

Sesi mendampingi orang awam sedang dijalankan bagi mengumpul maklum balas bagi pelan yang bakal diumumkan pada tahun 2027.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan, sistem pengangkutan harus bergerak seiring dengan pembangunan negara, sama ada untuk memudahkan warga emas mengakses kemudahan kesihatan dan masyarakat atau menghubungkan penduduk di kawasan perumahan baharu.

LTA menekankan, sistem pengangkutan mesti kekal selamat, cekap dan selesa.

Ia ingin mendapatkan pandangan orang ramai.

Ini dijangka gerakan terbesar dilakukan LTA sejauh ini.

Lebih 7,400 orang terlibat dalam pelan induk sebelumnya.

Mengulas mengenai sesi pendampingan itu, Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow meluahkan harapan agar lebih ramai rakyat Singapura akan rasa "semangat pemilikan bersama, rasa bangga dan sayang terhadap pengangkutan awam, yang merupakan sesuatu milik (rakyat di sini)".

"(Dan mereka) beralih daripada sekadar penumpang kepada rakan kongsi kami, bekerjasama dengan pemerintah untuk membentuk masa depan pengangkutan negara," tambah Encik Siow.

"Dengan cara ini, kita dapat membina visi bersama berhubung sistem pengangkutan yang kita kongsi sama."
Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita