Pelan induk baharu Greater Sentosa tawar pelbagai daya tarikan galak pengunjung luang lebih banyak masa
Anggaran Waktu Membaca:
Ilustrasi konsep pengalaman menjelajah pulau-pulau kecil di pesisir pantai Sentosa. (Gambar: Perbadanan Pembangunan Sentosa)
SINGAPURA: Tidak seperti pelan-pelan lalu untuk membayangkan semula Sentosa, visi baharu yang digariskan di bawah Pelan Induk Greater Sentosa memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan pengalaman tersendiri dan bukan melancarkan daya tarikan pelancong secara berasingan, menurut beberapa pakar pelancongan.
Menyatakan bahawa perubahan ini mencerminkan keinginan perancang untuk menggalakkan pelawat asing dan tempatan meluangkan lebih banyak masa di pulau itu, para penganalisis memberitahu Mediacorp bahawa langkah sedemikian adalah selaras dengan corak perjalanan dan percutian global.
Para pakar mengeluarkan komen-komen itu menyusuli pengumuman pada Jumaat (3 Jul) yang menyatakan bahawa Sentosa akan memperkenalkan pengalaman yang lebih berfokus kepada alam semula jadi, seperti lawatan ke pulau-pulau kecil dan menjamu selera di kanopi hutan, sebagai sebahagian daripada tarikan seterusnya Pelan Induk Greater Sentosa dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) juga mengumumkan bahawa sistem trem baharu akan menggantikan monorel Sentosa Express sedia ada, dan mercu tanda baharu akan dibina, termasuk Sensorium – daya tarikan tertutup dan tempat serbaguna.
Apabila Pelan Induk Greater Sentosa yang telah diusahakan selama dua dekad siap, sekitar 32 juta pelawat dijangka akan berkunjung setiap tahun, menurut SDC.
Pensyarah Kanan Politeknik Temasek (TP), Benjamin Cassim berkata aktiviti-aktiviti seperti lawatan ke pulau kecil dan menjamu selera di kanopi adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk menawarkan pengalaman yang lebih pelbagai dan tersendiri kepada para pelawat.
“Daripada menjadi daya tarikan yang berdiri sendiri, ia melengkapi gabungan tawaran riadah, gaya hidup dan hiburan sedia ada Sentosa, memberikan pengunjung lebih banyak tujuan untuk meluangkan masa lebih lama, meneroka bahagian destinasi yang berbeza dan kembali untuk pengalaman baharu,” kata Encik Cassim, dari Sekolah Perniagaan TP.
Daya tarikan dan destinasi baharu perlu menawarkan pengalaman yang asli, tidak dapat dilupakan dan sukar untuk ditiru, dan pengalaman berasaskan alam semula jadi memanfaatkan persekitaran pulau dan aset semula jadi Sentosa dengan cara yang tersendiri di Singapura, katanya lagi.
“Bersama-sama dengan rangkaian daya tarikan yang lebih luas di seluruh Greater Sentosa, pengalaman ini menyumbang kepada destinasi yang lebih kaya dan menyeluruh yang memenuhi minat pengunjung yang rencam,” kata Encik Cassim.
Di seluruh dunia, destinasi-destinasi yang berjaya bergerak melangkaui sekadar membina daya tarikan, tambah Encik Christopher Khoo, pengarah urusan perundingan pelancongan MasterConsult Services.
Para pengunjung semakin mencari pengalaman kesejahteraan, rekreasi luar dan penceritaan yang mengasyikkan, katanya, sambil menambah bahawa Pelan Induk Greater Sentosa nampaknya berupaya menangani perkara ini.

Sumber : CNA/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.