Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan Hijau East Coast dilancar, sediakan peti ais masyarakat dan program pekebun penduduk

Penduduk di GRC East Coast bakal meraih manfaat daripada beberapa inisiatif mesra alam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelan Hijau East Coast dilancar, sediakan peti ais masyarakat dan program pekebun penduduk

(Gambar: Facebook/East Coast Buzz)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 08:33PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 08:35PM

SINGAPURA: Penduduk di GRC East Coast bakal meraih manfaat daripada beberapa inisiatif mesra alam.

Ini termasuk menanam sumber makanan dan mendirikan peti ais masyarakat.

Inisiatif itu, sebahagian daripada Pelan Kemampanan dan Hijau East Coast yang dilancarkan di Pesta Hijau East Coast pada Sabtu (20 Nov).

Skim 'East Coast Grows for Good' menghimpunkan 1,000 pekebun masyarakat untuk menanam tanaman yang boleh dimakan.

Hasil tanaman akan diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah GRC East Coast.

Ia juga boleh disumbangkan di lima peti ais masyarakat kawasan undi berkenaan.

Bagi mereka yang ingin menjana sedikit pendapatan pula, boleh menyertai Program Pekebun Penduduk East Coast yang bertujuan menggajikan penduduk melakukan kerja cucuk tanam di kawasan kejiranan tersebut.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan