Skip to main content

Singapura

Pelan Hijau CNA: Penduduk Queenstown belajar tanam tumbuhan boleh dimakan

Hampir 50 penduduk Queenstown cuba menanam tumbuhan yang boleh dimakan di sebuah bengkel berkebun pada Ahad (30 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jan 2022 06:01PM Dikemas Kini : 30 Jan 2022 08:51PM

SINGAPURA: Hampir 50 penduduk Queenstown cuba menanam tumbuhan yang boleh dimakan di sebuah bengkel berkebun pada Ahad (30 Jan).

Kegiatan itu sebahagian daripada siri cabaran di bawah Pelan Hijau CNA yang mengajak penduduk Singapura untuk melakukan perubahan bagi mewujudkan masa depan yang mampan.

Para peserta diberi tunjuk ajar cara menanam tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan di rumah.

Ini termasuk nutrien dan sekitaran yang diperlukan untuk tanaman tumbuh subur serta melindunginya daripada serangga perosak.

Mereka kemudian mengamalkan sendiri apa yang telah dipelajari dengan menanam keledek.

Pengendali bengkel itu percaya berkebun di rumah dapat menyumbang kepada usaha kemampanan sumber makanan negara.

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita