Skip to main content

Singapura

Pelan Hijau bukan 'pengumpulan inisiatif sedia ada', akan berubah-ubah: Grace Fu

Pelan Hijau 2030 bukan "pengumpulan inisiatif sedia ada", tetapi merupakan satu pelan jangka panjang dan hidup yang akan berubah-ubah sedang Singapura bergerak maju, menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Khamis (4 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2021 03:05PM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 09:46PM

SINGAPURA: Pelan Hijau 2030 bukan "pengumpulan inisiatif sedia ada", tetapi merupakan satu pelan jangka panjang dan hidup yang akan berubah-ubah sedang Singapura bergerak maju, menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Khamis (4 Mac).

"Ada yang bertanya jika Pelan Hijau adalah hanya pengumpulan inisiatif sedia ada ... bukan," kata Cik Fu, yang bercakap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS).

Pelan itu, yang diterajui oleh kementerian-kementerian pendidikan, pembangunan negara, pengangkutan, kemampanan dan sekitaran serta perdagangan dan perusahaan, melakarkan sasaran hijau Singapura untuk 10 tahun seterusnya.

"Kami akan mengemaskini sasaran dan strategi kami sedang teknologi baru dan huraian lebih mudah tersedia. Pelan Hijau juga bukan hanya pelan MSE (Kementerian Kemampanan dan Sekitaran) atau pelan pemerintah, tetapi rangka tindakan yang kami tetapkan untuk diri kita sebagai negara," kata Cik Fu.

"Semua orang mesti bekerjasama untuk mencapai visi kami. Selain sasaran sedia ada, sasaran baru dan dipertingkat sudah termasuk."

Antara inisiatif baru di bawah pelan itu yang didedahkan bulan lalu, adalah mewajibkan semua pendaftaran kereta baru sebagai model tenaga lebih bersih dari 2030, dan menggandakan jumlah sasaran tempat cas kenderaan elektrik.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita