Skip to main content

Singapura

Pelan hala tuju digital dilancar; bantu firma pertingkat daya saing

Industri pengeluaran makanan adalah yang terbaru menerima sebuah pelan digital bertujuan membantu firma-firma tingkatkan daya saingan mereka dan meningkatkan operasi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Apr 2021 07:19PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 09:18PM

SINGAPURA: Industri pengeluaran makanan adalah yang terbaru menerima sebuah pelan digital bertujuan membantu firma-firma tingkatkan daya saingan mereka dan meningkatkan operasi.

Sekitar 1,000 syarikat pengeluar makanan yang menggajikan lebih 50,000 pekerja bakal meraih manfaat daripadanya.

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling melancarkan peta hala tuju digital itu semasa melawat syarikat Tiong Lian Food, siang tadi (1 Apr).

Ia menawarkan garis panduan tentang huraian bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) di setiap fasa pertumbuhan perniagaan mereka.

Mereka juga boleh memanfaatkan alat penilaian untuk memahami lebih baik jurang keupayaan digital masing-masing.

Akan terdapat juga program latihan untuk membantu merapatkan jurang digital dan melakarkan huraian yang bersesuaian dengan keperluan pertumbuhan syarikat.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita